Monday, January 28, 2013

Anda mahu berjaya di dalam bisnes internet anda?

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia Dunia Bisnes. Kali ini saya mahu berkongsi sedikit tips dan rahsia sekiranya anda mahu berjaya dalam bisnes internet ini.

Terus terang saya katakan, ini merupakan PERNIAGAAN dan setiap perniagaan memerlukan modal untuk mendapatkan barang yang berkualiti. Sama juga seperti Bisnes Internet, anda memerlukan sedikit wang permulaan juga. Namun, modal anda tidaklah mencecah puluhan ribu seperti perniagaan offline.

Jadi, berapakah modal yang anda perlu ada? Minimum RM120 tapi sejujurnya, lagi banyak anda laburkan, lagi tinggi pulangannya.

Namun, untuk memastikan anda berjaya dan bertahan lama dalam dunia ini, saya cadangkan anda melabur untuk TIPS DAN RAHSIA daripada mereka yang berjaya dalam bidang ini.

Mengapa? Terus terang saya katakan, saya juga pernah berfikiran seperti anda : "alah, semuanya boleh dapat percuma dekat internet, google search je lah!" Namun apa akibatnya? Saya tidak mencapai apa- apa kemajuan yang signifikan dalam bisnes ini untuk tempoh yang lama.

Sekiranya saya melaburkan RM200 dahulu, mesti saya sudah mula menjana pendapatan automatik daripada bisnes ini. 

Kita perlu melihat dengan skop yang lebih luas lagi sekiranya kita hendak bertahan lama dalam bisnes ini. Yang paling penting adalah HUBUNGAN kita dengan pakar bisnes internet ini. Ketahuilah, bahawa setiap ebook/seminar/ video etc yang anda beli daripada pakar IM( Internet Marketing) anda biasanya akan dimasukkan ke dalam group support khas yang tidak dibuka kepada orang lain.

Katakanlah tiada group support sekalipun, anda masih akan mendapat emel pakar IM tersebut dan anda boleh berhubung terus dengan beliau untuk mendapatkan lebih banyak tips dan rahsia.... SECARA PERCUMA!

Natijahnya, apakah yang perlu anda lakukan untuk memulakan empayar perniagaan anda dan menjana ribuan ringgit sebulan secara pasif? 

  1. Laburkan modal anda untuk ebook/seminar/ video tips dan rahsia pakar IM- RM120 sudah cukup 
  2. Buat blog dan kongsikan pengalaman/ ilmu anda peroleh dengan orang ramai
  3. setelah itu, anda boleh mulakan empayar perniagaan anda dan jana ribuan ringgit sebulan!
Ingat,ini ialah PERNIAGAAN dan perniagaan memerlukan masa untuk berkembang. Yang menariknya, perniagaan IM ini hanya memerlukan masa lebih kurang 6 bulan sahaja untuk berkembang maju berbanding perniagaan offline yang mungkin mengambil masa bertahun- tahun.




No comments:

Post a Comment