Wednesday, January 9, 2013

Kesungguhan di dalam berniaga


They can because they think they can.
Virgil

Salam sejahtera buat semua pembaca setia Dunia Bisnes :) 

Hari ini saya ingin berkongsi tentang kunci kejayaan bisnes iaitu kesungguhan.

Apakah pentingnya kesungguhan ini? dan apakah maksud kesungguhan dalam bisnes? Bagi saya, maksud kesungguhan di sini adalah sikap konsisten kita dalam membina empayar perniagaan. Kesungguhan juga merupakan salah satu kunci terpenting dalam memastikan berapa lama kita perlukan untuk berjaya. 

Contoh mudah, mereka yang konsisten dalam blogging, sentiasa update blog mereka sekurang- kurangnya seminggu sekali, akan mendapat jumlah visitors dan pageviews yang JAUH lebih tinggi daripada mereka yang update blog secara tidak konsisten( contoh bulan ni update 10 kali, bulan depan update 2 kali sahaja). Ini kerana pembaca setia blog kita tahu bahawa kita pasti akan post entry terbaru sekurang- kurangnya sekali seminggu, dan mereka tidak akan hampa apabila sentiasa mendapat fresh update daripada kita.

www.komikniaga.com
Itu daripada sudut blogging, daripada sudut bisnes pula, kita hendaklah konsisten dengan pelanggan kita dan dalam mencari ilmu. Mengapa pelanggan dan ilmu? Ini kerana pelanggan kita yang pernah membeli daripada kita sudah pasti mempunyai keyakinan kepada kita, dengan kata lain mereka mempunyai potensi yang besar untuk menjadi return customer! Bandingkan dengan pelanggan baru, mereka tidak pernah berurusan dengan kita, maka sudah pasti mereka agak ragu- ragu dengan produk yang kita tawarkan.

Konsisten dalam mencari ilmu pula kerana dunia bisnes sentiasa berubah dengan pantas. 50 tahun dahulu, semua orang pergi ke kedai untuk membeli barang, namun harini ramai orang sudah membeli secara online. Sekiranya kita tidak update ilmu kita, maka pasti bisnes kita akan rugi kerana kita masih mengekalkan perniagaan secara 'tradisional'. 

Maka itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan dalam entry kali ini. Tanpa kesungguhan, maka banyak pekerjaan yang kita lakukan tidak akan membuahkan hasil. Jangan fikir konsisten ini sukar, bayangkan berapa banyak kejayaan yang anda mampu kecapi sekiranya anda peruntukkan sejam sehari untuk menguruskan bisnes/blog/pelajaran anda :)



2 comments: