Assalamualaikum dan salam sejahtera dari Zul Zlancer, moga- moga
hari ini menjadi satu rahmat kepada kita.
Mukadimah: Happiness is when what we think,
say and do are in harmony- Mahatma Gandhi
Hari ini saya akan
berkongsi tentang satu konsep yang ramai warga malaysia salah faham. Kebanyakan
dari kita menganggap bisnes ini satu jalan untuk mendapat duit dengan banyak
dan pantas. Konsep ini mungkin datang daripada kisah- kisah para peniaga yang
berjaya menjadi jutawan dalam tempoh kurang 5 tahun. Maka daripada situ wujudlah
anggapan bahawa bisnes ni 'lubuk emas'.
Namun begitu,
ketahuilah bahawa bisnes ini sebenarnya amat mendalam dan untuk menguasai
teknik bisnes, seseorang memerlukan ilmu dan pengalaman yang secukupnya.
Kebanyakan daripada peniaga yang berjaya hari ini pernah menemui kegagalan
suatu masa dahulu. Namun, mereka tetap tidak berputus asa dan teruskan
perjuangan meskipun terpaksa ikat perut demi memastikan bisnes mereka bertahan.
Hasil dari
kegagalan mereka, mereka mulai sedar akan teknik- teknik jualan yang hebat
serta berkesan. Mereka juga mengetahui cara- cara bagaimana untuk membuat 'soft
selling' yang berkesan. Walaubagaimanapun, apakah yang membuatkan mereka ini
sanggup belajar, menghadiri seminar, menghabiskan beratus- ratus malah ribuan
ringgit untuk memastikan bisnes mereka berjaya?
Jawapannya ialah
dengan MINAT yang tinggi, keazamaan yang kuat serta sikap tidak berputus asa.
Mereka yang berjaya dalam bisnes semuanya mempunyai minat yang tinggi dalam
bisnes. Oleh kerana minat, mereka sanggup menerima kegagalan mereka, sanggup menelan
kata- kata cacian dan makian daripada pelanggan apabila mereka membuat
kesilapan dan semestinya mereka tidak kisah untuk berbelanja bagi meningkatkan
ilmu bisnes mereka.
Ingatlah apabila
anda minat sesuatu bidang itu, anda akan berusaha bersungguh- sungguh untuk
menjadi yang terbaik di dalamnya. Analogi mudah, anda lebih minat bermain games
daripada belajar, maka sudah pasti anda akan meluangkan lebih banyak masa
bermain berbanding belajar bukan? Walaupun game itu amat susah, namun anda
tetap bermain walaupun kalah berkali kali. Inilah kuasa MINAT.
No comments:
Post a Comment