Monday, January 21, 2013

tool jana peluang pendapatan online: kredibiliti

The thing always happens that you really believe in; and the belief in a thing makes it happen.
Frank Loyd Wright

Salam sejahtera kepada pembaca yang dihormati. Seperti yang dijanjikan, hari ini kita akan berbincang mengenai tool pertama dalam menjana pendapatan online iaitu kredibiliti. Kredibiliti boleh ditakrifkan sebagai rasa hormat, kagum dan percaya orang lain kepada kita. Inilah tool pertama yang TERAMAT PENTING untuk memastikan kita berjaya dalam bisnes online mahupun bisnes fizikal. 

 Untuk membina kredibiliti bukanlah perkara yang mudah namun ketahuilah apabila anda mempunyai kredibiliti yang tinggi serta ramai orang yakin dan percaya dengan anda, maka segala yang anda cuba jual akan mendapat sambutan yang menakjubkan. Cuba lihat Tun Dr Mahathir, beliau mempunyai kredibiliti yang amat hebat sehinggakan apabila beliau melancarkan buku beliau A Dr In The House, buku tersebut terjual sebanyak beratus ribu naskah. Inilah kuasa kredibiliti.

http://www.mphclick.com

Jadi, bagaimanakah kita mampu membina kredibiliti? Sebenarnya caranya amat mudah dan sudah digariskan dalam islam sejak 1400+ dahulu lagi. Pokok utamanya ialah akhlak kita.

  1. menepati janji
  2. tidak sesekali memecah amanah
  3. bercakap benar
  4. sentiasa memberikan nasihat bernas
  5. menjaga kebajikan orang bawahan
  6. senang berkawan
  7. tidak riak
  8. tidak mengharapkan balasan atas pertolongan

Itu adalah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan kredibiliti kita secara UMUMNYA. Secara khususnya, kita boleh membina kredibiliti dengan:

  1. aktif di dalam forum
  2. aktif di dalam fb group
  3. tulis ebook
  4. anjur seminar
  5. beri servis/info percuma sekali -sekala
Kesimpulannya, perlu diketahui dalam dunia digital ini, perkara paling penting sekali adalah berkongsi kepakaran kita dengan orang ramai, iaitu sering memberi nasihat kepada orang lain. Itulah yang dimaksudkan dengan 'aktif'.

Insya Allah pada entri berikutnya kita akan berkongsi tool kedua untuk menjana peluang pendapatan online/ bisnes internet yang kedua: Teknik Promosi


No comments:

Post a Comment