Friday, January 11, 2013

Buat Duit dengan Blog: Affiliate tanpa modal

There is only one success--to be able to spend your life in your own way.
Christopher Morley

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia Dunia Bisnes. Hari ini kita akan berkongsi cara bagaimana untuk kita buat duit dengan blogging, iaitu dengan menjadi affiliate.

Apakah maksud affiliate? Affiliate boleh ditakrifkan sebagai sesorang yang menjadi promoter bagi sesuatu bisnes dan dia akan mendapat komisen bagi setiap jualan yang dihasilkannya. Bagi saya, bisnes ini amat bagus kerana:

  1. Sebagai affiliate anda tidak perlu mengeluarkan modal langsung
  2. Sebagai affiliate anda tidak perlu membuat sales letter yang hebat- hebat
  3. Sebagai affiliate anda cuma perlu menarik pelanggan untuk membeli produk/servis dan sekiranya beliau membeli, maka anda dapat komisen
  4. Komisen affiliate lebih tinggi berbanding churpchurp dan says.my di mana setiap sales anda boleh mendapat komisen sehingga RM20
  5. Anda mampu buat jana duit secara berterusan kerana terdapat jenis bisnes yang ditawarkan( contoh: anda boleh jadi affiliate jual iklan, fanpage, review dan sebagainya)
Jadi, bisnes affiliate ini sebenarnya menarik dan antara platform affiliate marketing ialah Clickbank.com dan amazon.com. Kedua- dua platform ini menawarkan produk digital dan produk fizikal untuk anda promosikan. 

http://www.insurancechoice.co.uk
Namun begitu, sehingga kini saya masih tidak jumpa sebuah website pun yang menawarkan komisen affiliate untuk servis. Servis yang boleh kita buat bisnes adalah seperti tambahkan pelawat ke blog, buat backlinks, design template blog serta banner blog. 

Kesimpulannya, sekiranya anda seorang pelajar ataupun golongan yang baru hendak mencuba mencari peluang pendapatan secara online, saya cadangkan anda mencuba bidang affiliate ini. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal langsung, membuat iklan yang kompleks malah setiap kali anda membuat jualan, anda mampu mendapat komisen setinggi RM20 per sale.

Insya Allah dalam entri seterusnya kita akan berbincang bagaimana untuk mengenali perniagaan SCAM.




No comments:

Post a Comment