Wednesday, January 9, 2013

Bisnes cuma memerlukan "common sense" sahaja untuk berjaya?


Assalamualaikum semua pembaca setia blog Dunia Bisnes :)

Sebagai post tips pertama saya di blog ini, saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya dalam mencari perkara utama dalam bisnes. Kebanyakan peniaga akan menjawab promosi, marketing, lokasi kedai/seo dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa semua perkara tersebut adalah penting, namun apakah perkara PERTAMA yang perlu anda lakukan sekiranya anda hendak memulakan bisnes?

Bagi saya, perkara utama ialah ILMU. Ilmu itulah yang membezakan antara sebuah perniagaan yang berjaya dalam tempoh setahun atau berjaya dalam tempoh 2 tahun. Untuk memastikan perniagaan kita berjaya, kita hendaklah mempunyai ilmu terkini. Mungkin sesetengah orang beranggapan bahawa bisnes itu mudah, hanya perlu ikut 'common sense' dan kita sudah boleh berjaya.

Namun sedarilah hakikat bahawa 'common sense' itu luas dan sekiranya kita cuba beri definisi 'common sense' di dalam bisnes, maka kita tidak akan mampu untuk memikirkannya. Adakah common sense itu cukup sekadar menghormati pelanggan kita dengan gelaran tuan/puan sahaja? ataupun common sense bermaksud kita menjual produk dengan harga murah kerana produk mahal sudah tentu sedikit pelanggan? Ataupun common sense itu bermaksud menjual barangan berkualiti sahaja? Sekiranya begitu, bagaimana pula kita hendak menerangkan kejayaan peniaga yang menjual barangan China yang kualitinya rendah? Bagaimana pula kita hendak menerangkan kejayaan produk Herbalife yang mencecah ratusan ringgit?

Maka disebabkan mindset warga Malaysia kebanyakannya menganggap bisnes itu common sense, kita dapati terlalu banyak perniagaan kecil yang diuruskan oleh warga Malaysia tidak berkembang maju, dan hanya mendapat keuntungan kurang RM2000 sebulan. Namun perniagaan warga Eropah mendapat keuntungan jutaan ringgit sebulan meskipun mereka menjual di negara yang mempunyai budaya berbeza. Jadi apakah yang membezakan jumlah keuntungan kita dengan mereka? jawapannya ialah ILMU.

Jadi di sini kita dapat melihat betapa pentingnya ilmu dalam sesebuah perniagaan. Maka apa yang saya selalu buat sebelum menceburi apa- apa bidang adalah dengan google search dahulu, kemudian mendapatkan pandangan mereka yang arif di dalam bidang tersebut. Kebiasaannya saya akan peruntukkan seminggu untuk membaca, membuat kajian serta bertanyakan pakar dalam bidang tersebut. Kemudian, apabila saya mendapat gambaran sebenar mengenai perniagaan tersebut, barulah saya rangka plan untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Siapakah pakar dalam sesuatu bidang tersebut? bagi saya mereka yang bergelar JUTAWAN adalah orang paling terbaik sekali untuk kita rujuk. Dan kebiasaannya golongan sebegini tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan mereka juga sering mengeluarkan buku- buku kejayaan mereka yang dijual pada harga yang amat berpatutan.

Salah seorang yang mengeluarkan buku mengenai tips kejayaan ialah Dr Irfan Khairi, seorang JUTAWAN INTERNET pada usia 20-an sahaja beliau sudah menjadi jutawan. Ebook beliau (ebook ialah buku dalam bentuk elektronik, boleh dibaca di komputer, laptop, ipad dan android phone) Mentor Jutawan yang memuatkan tips- tips kejayaan 8 orang ikon jutawan dijual pada harga RM40 sahaja. Bayangkan bukan seorang, tetapi LAPAN ikon JUTAWAN malaysia memberikan tips- tips dan input berguna untuk mencapai kejayaan.



Bagi saya, ebook tersebut merupakan 'shortcut' untuk kita mendapatkan ilmu- ilmu yang berharga tanpa perlu membazir masa untuk "trial & error". Sekiranya anda berminat, anda boleh layari website beliau di SINI ( link dibuka di tab baru) untuk keterangan lebih lanjut.

Kesimpulannya, sekiranya anda ingin berjaya dalam perniagaan, anda perlulah membuat kajian terhadap perniagaan tersebut terlebih dahulu. Insya Allah dengan ilmu yang mencukupi, anda akan dapat mengharungi segala masalah yang timbul kerana anda sudahpun bersedia sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment