Wednesday, January 9, 2013

Salam Perkenalan daripada Zul Zlancer


   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya hendak ucapkan selamat datang ke blog perniagaan saya. Ianya baru ditubuhkan pada 6 JANUARI 2013 sebagai sebuah platform yang memuatkan pelbagai pengalaman saya di dunia bisnes.

 Di sini juga saya akan muatkan pelbagai tips dan review mengenai bisnes, mudah- mudahan sedikit sebanyak perkongsian saya ini mampu memberikan faedah yang besar kepada semua.

 Kesimpulannya, tujuan blog ini ditubuhkan adalah:

1.     berkongsi pengalaman saya sebagai seorang businessman, baik di dunia nyata mahupun di alam Internet
2.     Berkongsi tips- tips perniagaan
3.     Berkongsi kisah- kisah bisnesman yang lain
4.     Bagaimana kita boleh membuat side income dengan bisnes internet
5.     Review mengenai buku- buku/produk yang memberi manfaat kepada semua businessman 

Sekali lagi, salam perkenalan daripada saya dan insya Allah dengan usaha yang berterusan serta tawakal, semua orang mampu mencapai kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat. Terima kasih

No comments:

Post a Comment