We are all motivated by a keen desire for praise, and the better a man is, the more he is inspired to glory.
Cicero
Salam sejahtera semua pembaca setia Dunia Bisnes yang dihormati. Mulai hari ini, kita akan membincangkan pelbagai jenis bisnes digital serta tips bagaimana untuk menjana pendapatan daripadanya. Saya sudahpun menyiapkan lebih 60 tajuk entri yang akan disiarkan sekurang- kurangnya sekali seminggu untuk tahun 2013 ini. Maka jangan lupa untuk menjenguk blog saya sekali sekala untuk mendapatkan pelbagai tips bisnes yang menarik.
Berbalik kepada topik perbincangan kita, bagaimana sebenarnya untuk kita menjana pendapatan/buat duit dengan bisnes digital ini ( a.k.a bisnes internet). Sejujurnya, hampir semua perkara yang anda lihat sepanjang masa anda online merupakan bisnes internet, yang dijalankan melalui kaedah direct selling ataupun soft selling.
Jadi, apakah bisnes yang boleh anda jalankan di internet ini? Mari kita lihat senarainya:
- iklan
- ebook
- domain( Link website)
- design
- website/blog
- fanpage
- backlinks
- ruang iklan
- nasihat
- logo blogger
- widgets/apps
- video
- affiliate
- seo
- churpchurp
- subscribers
- adsense
- kepakaran
- visitors
Di atas saya telah senaraikan 20 jenis bisnes yang boleh anda jalankan di internet. Mungkin sesetengah perkara nampak agak sama, namun sebenarnya ianya amat berbeza, malah marketing approach juga berbeza. Satu kesilapan yang ramai peniaga produk digital lakukan adalah cuba menjual pelbagai servis sekalipun. Ini menyebabkan hasil kerja mereka tidak begitu memuaskan kerana mereka bukanlah pakar dalam semua bidang.
http://www.bocawebsites.com |
Jadi, apa yang saya cadangkan kepada mereka yang serius untuk menjana pendapatan melalui internet adalah untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang. Sekiranya anda memilih bidang affiliate contohnya, maka fokuskan semua usaha anda untuk menjadi Super Affiliate dalam Malaysia dan seluruh dunia.
Ketahuilah bahawa kebanyakan bisnes internet memerlukan beberapa 'tools' untuk memastikan ianya berjaya. Insya Allah dalam entri seterusnya kita akan berbincang mengenai tool pertama dalam bisnes internet iaitu kredibiliti.
No comments:
Post a Comment