Monday, January 28, 2013

Anda mahu berjaya di dalam bisnes internet anda?

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia Dunia Bisnes. Kali ini saya mahu berkongsi sedikit tips dan rahsia sekiranya anda mahu berjaya dalam bisnes internet ini.

Terus terang saya katakan, ini merupakan PERNIAGAAN dan setiap perniagaan memerlukan modal untuk mendapatkan barang yang berkualiti. Sama juga seperti Bisnes Internet, anda memerlukan sedikit wang permulaan juga. Namun, modal anda tidaklah mencecah puluhan ribu seperti perniagaan offline.

Jadi, berapakah modal yang anda perlu ada? Minimum RM120 tapi sejujurnya, lagi banyak anda laburkan, lagi tinggi pulangannya.

Namun, untuk memastikan anda berjaya dan bertahan lama dalam dunia ini, saya cadangkan anda melabur untuk TIPS DAN RAHSIA daripada mereka yang berjaya dalam bidang ini.

Mengapa? Terus terang saya katakan, saya juga pernah berfikiran seperti anda : "alah, semuanya boleh dapat percuma dekat internet, google search je lah!" Namun apa akibatnya? Saya tidak mencapai apa- apa kemajuan yang signifikan dalam bisnes ini untuk tempoh yang lama.

Sekiranya saya melaburkan RM200 dahulu, mesti saya sudah mula menjana pendapatan automatik daripada bisnes ini. 

Kita perlu melihat dengan skop yang lebih luas lagi sekiranya kita hendak bertahan lama dalam bisnes ini. Yang paling penting adalah HUBUNGAN kita dengan pakar bisnes internet ini. Ketahuilah, bahawa setiap ebook/seminar/ video etc yang anda beli daripada pakar IM( Internet Marketing) anda biasanya akan dimasukkan ke dalam group support khas yang tidak dibuka kepada orang lain.

Katakanlah tiada group support sekalipun, anda masih akan mendapat emel pakar IM tersebut dan anda boleh berhubung terus dengan beliau untuk mendapatkan lebih banyak tips dan rahsia.... SECARA PERCUMA!

Natijahnya, apakah yang perlu anda lakukan untuk memulakan empayar perniagaan anda dan menjana ribuan ringgit sebulan secara pasif? 

  1. Laburkan modal anda untuk ebook/seminar/ video tips dan rahsia pakar IM- RM120 sudah cukup 
  2. Buat blog dan kongsikan pengalaman/ ilmu anda peroleh dengan orang ramai
  3. setelah itu, anda boleh mulakan empayar perniagaan anda dan jana ribuan ringgit sebulan!
Ingat,ini ialah PERNIAGAAN dan perniagaan memerlukan masa untuk berkembang. Yang menariknya, perniagaan IM ini hanya memerlukan masa lebih kurang 6 bulan sahaja untuk berkembang maju berbanding perniagaan offline yang mungkin mengambil masa bertahun- tahun.




Sunday, January 27, 2013

Promosi: tool ke-2 jana peluang pendapatan online

The surest way not to fail is to determine to succeed.
Richard Brinsley Sheridan

Salam sejahtera kepada pembaca budiman lagi dihormati. 

Dalam entri sebelum ini, kita telah membincangkan mengenai kredibiliti. Hari ini kita akan membincangkan mengenai tool kedua pula iaitu promosi. Promosi atau marketing ialah tool yang WAJIB dikuasai sekiranya kita ingin berjaya dalam bisnes, baik bisnes fizikal mahupun produk digital. kita dapat lihat bagaimana syarikat- syarikat besar menghabiskan jutaan ringgit setahun untuk membuat promosi, malah ketika pilihanraya juga promosi dilakukan.

Namun, yang paling penting sekali ialah teknik promosi yang berkesan untuk memastikan kita mempunyai pelanggan yang ramai. Apakah kepentingan promosi ini? 

  1. Meningkatkan publisiti anda serta produk anda
  2. Meningkatkan jumlah jualan 
  3. Membina reputasi 
  4. Penentu kejayaan/kegagalan produk anda

http://www.verdurehealth.com
Begitulah sedikit sebanyak kepentingan promosi kepada bisnes anda. Sekarang ini kita akan bincangkan mengenai teknik untuk membuat promosi yang berkesan

  1. Apakah mesej yang cuba kita sampaikan?
  2. Adakah pelanggan akan ingat pada kita(bukan produk) sebulan kemudian?
  3. Berikan BONUS pada produk anda, walaupun sedikit
  4. Pastikan anda mempunyai target customer (pelajar/suri rumah dan lain- lain)
  5. Pastikan iklan anda relevan dengan kredibiliti anda( anda bagus dalam email marketing, buat promosi mengenai bisnes email marketing)
  6. Pastikan iklan anda unik dan berbeza daripada iklan lain
  7. letakkan time limit untuk produk anda( contoh: rm100 untuk 2 hari sahaja, kemudian harga naik menjadi rm150) 
Itu sahaja sedikit sebanyak yang mampu saya berkongsi untuk entri kali ini. Sesungguhnya ilmu marketing/promosi/pengiklanan ini amat penting dan merupakan tool kedua dalam memastikan perniagaan kita berjaya.

 Insya Allah dalam entri berikutnya kita akan berkongsi mengenai tool ketiga dalam menjana peluang pendapatan online: Produk


Monday, January 21, 2013

tool jana peluang pendapatan online: kredibiliti

The thing always happens that you really believe in; and the belief in a thing makes it happen.
Frank Loyd Wright

Salam sejahtera kepada pembaca yang dihormati. Seperti yang dijanjikan, hari ini kita akan berbincang mengenai tool pertama dalam menjana pendapatan online iaitu kredibiliti. Kredibiliti boleh ditakrifkan sebagai rasa hormat, kagum dan percaya orang lain kepada kita. Inilah tool pertama yang TERAMAT PENTING untuk memastikan kita berjaya dalam bisnes online mahupun bisnes fizikal. 

 Untuk membina kredibiliti bukanlah perkara yang mudah namun ketahuilah apabila anda mempunyai kredibiliti yang tinggi serta ramai orang yakin dan percaya dengan anda, maka segala yang anda cuba jual akan mendapat sambutan yang menakjubkan. Cuba lihat Tun Dr Mahathir, beliau mempunyai kredibiliti yang amat hebat sehinggakan apabila beliau melancarkan buku beliau A Dr In The House, buku tersebut terjual sebanyak beratus ribu naskah. Inilah kuasa kredibiliti.

http://www.mphclick.com

Jadi, bagaimanakah kita mampu membina kredibiliti? Sebenarnya caranya amat mudah dan sudah digariskan dalam islam sejak 1400+ dahulu lagi. Pokok utamanya ialah akhlak kita.

  1. menepati janji
  2. tidak sesekali memecah amanah
  3. bercakap benar
  4. sentiasa memberikan nasihat bernas
  5. menjaga kebajikan orang bawahan
  6. senang berkawan
  7. tidak riak
  8. tidak mengharapkan balasan atas pertolongan

Itu adalah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan kredibiliti kita secara UMUMNYA. Secara khususnya, kita boleh membina kredibiliti dengan:

  1. aktif di dalam forum
  2. aktif di dalam fb group
  3. tulis ebook
  4. anjur seminar
  5. beri servis/info percuma sekali -sekala
Kesimpulannya, perlu diketahui dalam dunia digital ini, perkara paling penting sekali adalah berkongsi kepakaran kita dengan orang ramai, iaitu sering memberi nasihat kepada orang lain. Itulah yang dimaksudkan dengan 'aktif'.

Insya Allah pada entri berikutnya kita akan berkongsi tool kedua untuk menjana peluang pendapatan online/ bisnes internet yang kedua: Teknik Promosi


Friday, January 18, 2013

Peluang pendapatan: Bisnes Digital/internet

We are all motivated by a keen desire for praise, and the better a man is, the more he is inspired to glory.
Cicero

Salam sejahtera semua pembaca setia Dunia Bisnes yang dihormati. Mulai hari ini, kita akan membincangkan pelbagai jenis bisnes digital serta tips bagaimana untuk menjana pendapatan daripadanya. Saya sudahpun menyiapkan lebih 60 tajuk entri yang akan disiarkan sekurang- kurangnya sekali seminggu untuk tahun 2013 ini. Maka jangan lupa untuk menjenguk blog saya sekali sekala untuk mendapatkan pelbagai tips bisnes yang menarik.

Berbalik kepada topik perbincangan kita, bagaimana sebenarnya untuk kita menjana pendapatan/buat duit dengan bisnes digital ini ( a.k.a bisnes internet). Sejujurnya, hampir semua perkara yang anda lihat sepanjang masa anda online merupakan bisnes internet, yang dijalankan melalui kaedah direct selling ataupun soft selling.

Jadi, apakah bisnes yang boleh anda jalankan di internet ini? Mari kita lihat senarainya:

  1. iklan
  2. ebook
  3. domain( Link website)
  4. design
  5. website/blog
  6. fanpage
  7. backlinks
  8. ruang iklan
  9. nasihat
  10. logo blogger
  11. widgets/apps
  12. video
  13. affiliate
  14. email
  15. seo
  16. churpchurp
  17. subscribers
  18. adsense
  19. kepakaran
  20. visitors
Di atas saya telah senaraikan 20 jenis bisnes yang boleh anda jalankan di internet. Mungkin sesetengah perkara nampak agak sama, namun sebenarnya ianya amat berbeza, malah marketing approach juga berbeza. Satu kesilapan yang ramai peniaga produk digital lakukan adalah cuba menjual pelbagai servis sekalipun. Ini menyebabkan hasil kerja mereka tidak begitu memuaskan kerana mereka bukanlah pakar dalam semua bidang.

http://www.bocawebsites.com

Jadi, apa yang saya cadangkan kepada mereka yang serius untuk menjana pendapatan melalui internet adalah untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang. Sekiranya anda memilih bidang affiliate contohnya, maka fokuskan semua usaha anda untuk menjadi Super Affiliate dalam Malaysia dan seluruh dunia. 

Ketahuilah bahawa kebanyakan bisnes internet memerlukan beberapa 'tools' untuk memastikan ianya berjaya. Insya Allah dalam entri seterusnya kita akan berbincang mengenai tool pertama dalam bisnes internet iaitu kredibiliti. 

Domain PERCUMA SETAHUN!

Salam, hari ini saya ingin berkongsi berita bahawa domain .my sekarang ini diberikan PERCUMA selama setahun. Domain ini adalah inisiatif kerajaan Malaysia dalam menggalkkan perkembangan IT dalam dunia kita :) Lihat apa kata mereka:

Kami amat berterima kasih keatas tempahan anda terhadap domain .my, sekali lagi kami ingin meminta maaf keatas tempahan yang diproses lewat kerana kami menerima terlalu banyak tempahan yang tidak menepati syarat utama dari pihak .my DOMAIN REGISTRY.

Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima lanjutan dari progam yang kami laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuata domain yang berakhir dengan .my. kali ini kami akan memberikan lagi 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.

Kami ingin meminta pertolongan dari anda untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua warga blogger di Malaysia. Anda perlu sebarkan maklumat ini di halaman blog anda untuk membantu blogger lain mendapat peluang besar ini. Untuk maklumat anda, domain .my dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini anda hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 dan tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 รข€“ 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma. 

Sila gunakan promotion code "belia"


Lawati website asiahost.cc sekarang untuk menempah domain anda sekarang 

Wednesday, January 16, 2013

Jenis- jenis bisnes

Keep steadily before you the fact that all true success depends at last upon yourself.
Theodore T. Hunger

Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia Dunia Bisnes. Harini kita akan berbincang sedikit sebanyak jenis- jenis perniagaan. Bisnes ini sebenarnya terbahagi kepada dua kumpulan besar, iaitu bisnes produk fizikal dan digital.

Produk fizikal merupakan produk yang boleh kita dapati di kedai- kedai seperti beras, handphone, tablet dan sebagainya manakal produk digital pula merupakan produk yang boleh kita dapati di alam maya seperti ebook, video, domain dan blog.

http://www.jaringandata.com
Walaubagaimanapun, kedua- dua jenis perniagaan ini mempunyai prinsip dan asa yang sama, iaitu menjual produk. Maka, adalah salah apabila kita mengatakan bisnes digital( lebih dikenali bisnes internet) lebih mudah dan tidak serumit bisnes fizikal. Tahukah anda bisnes digital seperti amazon.com, ebay.com dan clickbank.com mempunyai jumlah pekerja yang ramai? Mereka memerlukan pengurus untuk menyelia jualan, hal ehwal pekerja dan promosi sama seperti syarikat bisnes fizikal yang lain. 

Namun begitu, yang membezakan antara bisnes fizikal dan digital ialah dalam bisnes digital, anda boleh bekerja dari rumah anda sendiri, malah sekiranya anda mempunyai syarikat untuk produk digital, pekerja anda boleh bekerja dari rumah sendiri dan modal permulaan yang kecil. Konsep 'bekerja dari rumah' itulah yang amat menarik minat orang ramai.

Kesimpulannya, tiada bisnes yang mudah di dalam dunia ini. Kedua- dua jenis bisnes tersebut memerlukan usaha yang berterusan serta kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menjayakannya. 

Insya Allah dalam entri berikutnya kita akan berbincang lebih lanjut mengenai bisnes digital serta bagaimana kita boleh memulakan bisnes ini tanpa sebarang modal.





Tuesday, January 15, 2013

Kenali Perniagaan SCAM

Along with success comes a reputation for wisdom.
Euripides


http://www.aboutscam.com
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia Dunia Bisnes. Harini saya mahu berkongsi tips bagaimana kita ingin mengenali perniagaan scam. Ringkasnya scam merupakan perniagaan yang tidak berunsurkan sebarang fakta dan hanya menjanjikan 'syurga' buat orang ramai. Contoh mudah perniagaan scam ialah skim cepat kaya dan skim ponzi.

Mengapa perniagaan scam ini 'berjaya'? Ini kerana sistem ini mengeksploitasi nafsu manusia, iaitu inginkan harta tanpa berusaha. Kebanyakan orang yang tertipu dengan scam ini kerana mereka terdesak, tidak mahu berusaha keras dan percaya pada pepatah 'Durian Runtuh".

Namun begitu, sedarlah bahawa tiada satu cara pun untuk kita mendapat rezeki yang banyak  tanpa berusaha. Jadi, di sini saya kongsikan beberapa perkara yang  perlu diberikan perhatian sebelum kita menceburi sesuatu perniagaan:


  • Lihat pada jumlah wang yang dijanjikan kepada anda, sekiranya melebihi RM2000 sebulan TANPA berusaha keras, maka besar kemungkinan perniagaan tersebut ialah SCAM. Ingatlah terjemahan         Allah akan memberikan seseorang apa-apa yang diusahakannya" 
  • Lihat pada USAHA yang anda perlu lakukan untuk berjaya dalam perniagaan tersebut. jika ia mengatakan bahawa anda cuma perlu meluangkan masa sejam sehari sahaja untuk mendapat rm500 sehari, maka itulah SCAM. Anda boleh dapatkan rm500 sehari, dengan syarat anda berusaha sekurang- kurangnya 5 jam sehari untuk belajar dan eksperimen selama 6 bulan minimum.
  • Lihat pada contact information yang diberikan, kalau ianya nombor luar negara/ tidak dapat dihubungi, maka itulah SCAM. Ini untuk menyulitkan pihak polis menyiasat mereka apabila mangsa membuat aduan.
  • Sekiranya perniagaan tersebut memerlukan anda untuk berbelanja terlebih dahulu untuk 'berjaya' tanpa menerangkan di manakah duit anda akan dilabur, maka itulah SCAM. ini kerana sebuah perniagaan yang ikhlas akan menyediakan semua maklumat lengkap kepada pelanggan.
  • Lihat pada tatabahasa atau grammar maklumat perniagaan tersebut. Sekiranya ianya mempunyai banyak kesalahan, maka besar kemungkinan ianya adalah SCAM. Ini kerana sebuah perniagaan yang ikhlas akan menjaga tatabahasa dan grammar mereka kerana ianya melambangkan status syarikat tersebut.
Inilah sedikit sebanyak info yang dapat saya kongsikan berkenaan perniagaan scam. Besar kemungkinan scam tidak banyak di dunia nyata, tetapi di alam maya, perniagaan ini amat berleluasa. Maka berwaspadalah dan sayangi wang anda, jangan sesekali berikan kepada orang yang anda tidak percayai.


Monday, January 14, 2013

Entry special! bagaimana saya menjana wang dengan blog


Assalamualaikum, di sini saya ingin menunjukkan bagaimana saya menjana wang dengan blog. Sebelum itu saya nak bagitahu yang special entry merupakan entry blog yang berkisarkan pengalaman saya membuat duit melalui dunia internet ini.

Adakah ini scam? Tidak sesekali, ini kerana exabytes.my adalah syarikat di Malaysia. Malah, fb mereka juga ada lebih 70,000 likers! 

Ini screenshot facebook mereka



jadi apakah exabytes.my? Exabytes adalah sebuah syarikat untuk mendaftar domain dan hosting website. Sekiranya anda melihat xxx.com/my/info/net itulah yang dinamakan domain. Dan hosting pula ialah server yang digunakan untuk menyimpan data- data domain tersebut.

bagaimana saya jana pendapatan dengan mereka? Sebenarnya saya cuma perlu refer orang yang berminat untuk membeli domain kepada mereka dan apabila beliau membeli domain, maka saya akan mendapat komisen. Customer support akan diuruskan sepenuhnya oleh Exabytes.

Dan komisen ini adalah berterusan selagi mana customer saya masih mengekalkan website mereka. Berapa komisen yang saya dapat? Ini adalah table komisen:

Ya, anda boleh sign up hari ini dan dapatkan RM50 percuma!
Tawaran sehingga 31/1/2013 sahaja


Berapa pula harga untuk membuat satu website? harganya berbeza- beza namun bagi saya, sekiranya anda seorang blogger dan pelajar, maka saya sarankan Ebiz beginner, hanya RM39 SETAHUN/ RM3.25 SEBULAN

Jadi, di sini anda ada potensi untuk menjana sehingga ratusan ringgit secara pasif. 

Anda boleh sign up untuk menjadi Affiliate( atau Angel) dengan klik banner di bawah ini dan mulakan menjana duit dengan blog anda!

Friday, January 11, 2013

Buat Duit dengan Blog: Affiliate tanpa modal

There is only one success--to be able to spend your life in your own way.
Christopher Morley

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia Dunia Bisnes. Hari ini kita akan berkongsi cara bagaimana untuk kita buat duit dengan blogging, iaitu dengan menjadi affiliate.

Apakah maksud affiliate? Affiliate boleh ditakrifkan sebagai sesorang yang menjadi promoter bagi sesuatu bisnes dan dia akan mendapat komisen bagi setiap jualan yang dihasilkannya. Bagi saya, bisnes ini amat bagus kerana:

  1. Sebagai affiliate anda tidak perlu mengeluarkan modal langsung
  2. Sebagai affiliate anda tidak perlu membuat sales letter yang hebat- hebat
  3. Sebagai affiliate anda cuma perlu menarik pelanggan untuk membeli produk/servis dan sekiranya beliau membeli, maka anda dapat komisen
  4. Komisen affiliate lebih tinggi berbanding churpchurp dan says.my di mana setiap sales anda boleh mendapat komisen sehingga RM20
  5. Anda mampu buat jana duit secara berterusan kerana terdapat jenis bisnes yang ditawarkan( contoh: anda boleh jadi affiliate jual iklan, fanpage, review dan sebagainya)
Jadi, bisnes affiliate ini sebenarnya menarik dan antara platform affiliate marketing ialah Clickbank.com dan amazon.com. Kedua- dua platform ini menawarkan produk digital dan produk fizikal untuk anda promosikan. 

http://www.insurancechoice.co.uk
Namun begitu, sehingga kini saya masih tidak jumpa sebuah website pun yang menawarkan komisen affiliate untuk servis. Servis yang boleh kita buat bisnes adalah seperti tambahkan pelawat ke blog, buat backlinks, design template blog serta banner blog. 

Kesimpulannya, sekiranya anda seorang pelajar ataupun golongan yang baru hendak mencuba mencari peluang pendapatan secara online, saya cadangkan anda mencuba bidang affiliate ini. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal langsung, membuat iklan yang kompleks malah setiap kali anda membuat jualan, anda mampu mendapat komisen setinggi RM20 per sale.

Insya Allah dalam entri seterusnya kita akan berbincang bagaimana untuk mengenali perniagaan SCAM.




Wednesday, January 9, 2013

Kesungguhan di dalam berniaga


They can because they think they can.
Virgil

Salam sejahtera buat semua pembaca setia Dunia Bisnes :) 

Hari ini saya ingin berkongsi tentang kunci kejayaan bisnes iaitu kesungguhan.

Apakah pentingnya kesungguhan ini? dan apakah maksud kesungguhan dalam bisnes? Bagi saya, maksud kesungguhan di sini adalah sikap konsisten kita dalam membina empayar perniagaan. Kesungguhan juga merupakan salah satu kunci terpenting dalam memastikan berapa lama kita perlukan untuk berjaya. 

Contoh mudah, mereka yang konsisten dalam blogging, sentiasa update blog mereka sekurang- kurangnya seminggu sekali, akan mendapat jumlah visitors dan pageviews yang JAUH lebih tinggi daripada mereka yang update blog secara tidak konsisten( contoh bulan ni update 10 kali, bulan depan update 2 kali sahaja). Ini kerana pembaca setia blog kita tahu bahawa kita pasti akan post entry terbaru sekurang- kurangnya sekali seminggu, dan mereka tidak akan hampa apabila sentiasa mendapat fresh update daripada kita.

www.komikniaga.com
Itu daripada sudut blogging, daripada sudut bisnes pula, kita hendaklah konsisten dengan pelanggan kita dan dalam mencari ilmu. Mengapa pelanggan dan ilmu? Ini kerana pelanggan kita yang pernah membeli daripada kita sudah pasti mempunyai keyakinan kepada kita, dengan kata lain mereka mempunyai potensi yang besar untuk menjadi return customer! Bandingkan dengan pelanggan baru, mereka tidak pernah berurusan dengan kita, maka sudah pasti mereka agak ragu- ragu dengan produk yang kita tawarkan.

Konsisten dalam mencari ilmu pula kerana dunia bisnes sentiasa berubah dengan pantas. 50 tahun dahulu, semua orang pergi ke kedai untuk membeli barang, namun harini ramai orang sudah membeli secara online. Sekiranya kita tidak update ilmu kita, maka pasti bisnes kita akan rugi kerana kita masih mengekalkan perniagaan secara 'tradisional'. 

Maka itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan dalam entry kali ini. Tanpa kesungguhan, maka banyak pekerjaan yang kita lakukan tidak akan membuahkan hasil. Jangan fikir konsisten ini sukar, bayangkan berapa banyak kejayaan yang anda mampu kecapi sekiranya anda peruntukkan sejam sehari untuk menguruskan bisnes/blog/pelajaran anda :)



Rakan Dunia Bisnes, Jom Exchange Links :D


Salam, sesiapa yang nak meningkatkan rating google dan menambah visitors bolehlah tinggalkan link anda di ruangan komen ni. Nanti saya buat satu page KHAS untuk Rakan Dunia Bisnes.

langkah- langkah:

1.     Jadi follower blog ini
2.     Tinggalkan link blog anda di ruangan komen
3.     Add link http://duniabisnes123.blogspot.com/ di dalam blog anda
4.     SELESAI! nanti saya masukkan link anda dalam page SPECIAL dalam blog ni hehehe :) 


Bisnes kerana perlukan wang tambahan?


Assalamualaikum dan salam sejahtera dari Zul Zlancer, moga- moga hari ini menjadi satu rahmat kepada kita.

Mukadimah: Happiness is when what we think, say and do are in harmony- Mahatma Gandhi

Hari ini saya akan berkongsi tentang satu konsep yang ramai warga malaysia salah faham. Kebanyakan dari kita menganggap bisnes ini satu jalan untuk mendapat duit dengan banyak dan pantas. Konsep ini mungkin datang daripada kisah- kisah para peniaga yang berjaya menjadi jutawan dalam tempoh kurang 5 tahun. Maka daripada situ wujudlah anggapan bahawa bisnes ni 'lubuk emas'.

Namun begitu, ketahuilah bahawa bisnes ini sebenarnya amat mendalam dan untuk menguasai teknik bisnes, seseorang memerlukan ilmu dan pengalaman yang secukupnya. Kebanyakan daripada peniaga yang berjaya hari ini pernah menemui kegagalan suatu masa dahulu. Namun, mereka tetap tidak berputus asa dan teruskan perjuangan meskipun terpaksa ikat perut demi memastikan bisnes mereka bertahan.



Hasil dari kegagalan mereka, mereka mulai sedar akan teknik- teknik jualan yang hebat serta berkesan. Mereka juga mengetahui cara- cara bagaimana untuk membuat 'soft selling' yang berkesan. Walaubagaimanapun, apakah yang membuatkan mereka ini sanggup belajar, menghadiri seminar, menghabiskan beratus- ratus malah ribuan ringgit untuk memastikan bisnes mereka berjaya?

Jawapannya ialah dengan MINAT yang tinggi, keazamaan yang kuat serta sikap tidak berputus asa. Mereka yang berjaya dalam bisnes semuanya mempunyai minat yang tinggi dalam bisnes. Oleh kerana minat, mereka sanggup menerima kegagalan mereka, sanggup menelan kata- kata cacian dan makian daripada pelanggan apabila mereka membuat kesilapan dan semestinya mereka tidak kisah untuk berbelanja bagi meningkatkan ilmu bisnes mereka.

Ingatlah apabila anda minat sesuatu bidang itu, anda akan berusaha bersungguh- sungguh untuk menjadi yang terbaik di dalamnya. Analogi mudah, anda lebih minat bermain games daripada belajar, maka sudah pasti anda akan meluangkan lebih banyak masa bermain berbanding belajar bukan? Walaupun game itu amat susah, namun anda tetap bermain walaupun kalah berkali kali. Inilah kuasa MINAT.

Kesimpulannya, anda tidak boleh menjadi kaya dalam bisnes sekiranya anda tidak mempunyai minat, kerana anda akan menghadapi pelbagai dugaan dan cacian dalam dunia ini. Namun, ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu dekat kepada orang0 orang yang bersabar :)


Bisnes cuma memerlukan "common sense" sahaja untuk berjaya?


Assalamualaikum semua pembaca setia blog Dunia Bisnes :)

Sebagai post tips pertama saya di blog ini, saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya dalam mencari perkara utama dalam bisnes. Kebanyakan peniaga akan menjawab promosi, marketing, lokasi kedai/seo dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa semua perkara tersebut adalah penting, namun apakah perkara PERTAMA yang perlu anda lakukan sekiranya anda hendak memulakan bisnes?

Bagi saya, perkara utama ialah ILMU. Ilmu itulah yang membezakan antara sebuah perniagaan yang berjaya dalam tempoh setahun atau berjaya dalam tempoh 2 tahun. Untuk memastikan perniagaan kita berjaya, kita hendaklah mempunyai ilmu terkini. Mungkin sesetengah orang beranggapan bahawa bisnes itu mudah, hanya perlu ikut 'common sense' dan kita sudah boleh berjaya.

Namun sedarilah hakikat bahawa 'common sense' itu luas dan sekiranya kita cuba beri definisi 'common sense' di dalam bisnes, maka kita tidak akan mampu untuk memikirkannya. Adakah common sense itu cukup sekadar menghormati pelanggan kita dengan gelaran tuan/puan sahaja? ataupun common sense bermaksud kita menjual produk dengan harga murah kerana produk mahal sudah tentu sedikit pelanggan? Ataupun common sense itu bermaksud menjual barangan berkualiti sahaja? Sekiranya begitu, bagaimana pula kita hendak menerangkan kejayaan peniaga yang menjual barangan China yang kualitinya rendah? Bagaimana pula kita hendak menerangkan kejayaan produk Herbalife yang mencecah ratusan ringgit?

Maka disebabkan mindset warga Malaysia kebanyakannya menganggap bisnes itu common sense, kita dapati terlalu banyak perniagaan kecil yang diuruskan oleh warga Malaysia tidak berkembang maju, dan hanya mendapat keuntungan kurang RM2000 sebulan. Namun perniagaan warga Eropah mendapat keuntungan jutaan ringgit sebulan meskipun mereka menjual di negara yang mempunyai budaya berbeza. Jadi apakah yang membezakan jumlah keuntungan kita dengan mereka? jawapannya ialah ILMU.

Jadi di sini kita dapat melihat betapa pentingnya ilmu dalam sesebuah perniagaan. Maka apa yang saya selalu buat sebelum menceburi apa- apa bidang adalah dengan google search dahulu, kemudian mendapatkan pandangan mereka yang arif di dalam bidang tersebut. Kebiasaannya saya akan peruntukkan seminggu untuk membaca, membuat kajian serta bertanyakan pakar dalam bidang tersebut. Kemudian, apabila saya mendapat gambaran sebenar mengenai perniagaan tersebut, barulah saya rangka plan untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Siapakah pakar dalam sesuatu bidang tersebut? bagi saya mereka yang bergelar JUTAWAN adalah orang paling terbaik sekali untuk kita rujuk. Dan kebiasaannya golongan sebegini tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan mereka juga sering mengeluarkan buku- buku kejayaan mereka yang dijual pada harga yang amat berpatutan.

Salah seorang yang mengeluarkan buku mengenai tips kejayaan ialah Dr Irfan Khairi, seorang JUTAWAN INTERNET pada usia 20-an sahaja beliau sudah menjadi jutawan. Ebook beliau (ebook ialah buku dalam bentuk elektronik, boleh dibaca di komputer, laptop, ipad dan android phone) Mentor Jutawan yang memuatkan tips- tips kejayaan 8 orang ikon jutawan dijual pada harga RM40 sahaja. Bayangkan bukan seorang, tetapi LAPAN ikon JUTAWAN malaysia memberikan tips- tips dan input berguna untuk mencapai kejayaan.



Bagi saya, ebook tersebut merupakan 'shortcut' untuk kita mendapatkan ilmu- ilmu yang berharga tanpa perlu membazir masa untuk "trial & error". Sekiranya anda berminat, anda boleh layari website beliau di SINI ( link dibuka di tab baru) untuk keterangan lebih lanjut.

Kesimpulannya, sekiranya anda ingin berjaya dalam perniagaan, anda perlulah membuat kajian terhadap perniagaan tersebut terlebih dahulu. Insya Allah dengan ilmu yang mencukupi, anda akan dapat mengharungi segala masalah yang timbul kerana anda sudahpun bersedia sepenuhnya.

Salam Perkenalan daripada Zul Zlancer


   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya hendak ucapkan selamat datang ke blog perniagaan saya. Ianya baru ditubuhkan pada 6 JANUARI 2013 sebagai sebuah platform yang memuatkan pelbagai pengalaman saya di dunia bisnes.

 Di sini juga saya akan muatkan pelbagai tips dan review mengenai bisnes, mudah- mudahan sedikit sebanyak perkongsian saya ini mampu memberikan faedah yang besar kepada semua.

 Kesimpulannya, tujuan blog ini ditubuhkan adalah:

1.     berkongsi pengalaman saya sebagai seorang businessman, baik di dunia nyata mahupun di alam Internet
2.     Berkongsi tips- tips perniagaan
3.     Berkongsi kisah- kisah bisnesman yang lain
4.     Bagaimana kita boleh membuat side income dengan bisnes internet
5.     Review mengenai buku- buku/produk yang memberi manfaat kepada semua businessman 

Sekali lagi, salam perkenalan daripada saya dan insya Allah dengan usaha yang berterusan serta tawakal, semua orang mampu mencapai kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat. Terima kasih