Sunday, January 27, 2013

Promosi: tool ke-2 jana peluang pendapatan online

The surest way not to fail is to determine to succeed.
Richard Brinsley Sheridan

Salam sejahtera kepada pembaca budiman lagi dihormati. 

Dalam entri sebelum ini, kita telah membincangkan mengenai kredibiliti. Hari ini kita akan membincangkan mengenai tool kedua pula iaitu promosi. Promosi atau marketing ialah tool yang WAJIB dikuasai sekiranya kita ingin berjaya dalam bisnes, baik bisnes fizikal mahupun produk digital. kita dapat lihat bagaimana syarikat- syarikat besar menghabiskan jutaan ringgit setahun untuk membuat promosi, malah ketika pilihanraya juga promosi dilakukan.

Namun, yang paling penting sekali ialah teknik promosi yang berkesan untuk memastikan kita mempunyai pelanggan yang ramai. Apakah kepentingan promosi ini? 

  1. Meningkatkan publisiti anda serta produk anda
  2. Meningkatkan jumlah jualan 
  3. Membina reputasi 
  4. Penentu kejayaan/kegagalan produk anda

http://www.verdurehealth.com
Begitulah sedikit sebanyak kepentingan promosi kepada bisnes anda. Sekarang ini kita akan bincangkan mengenai teknik untuk membuat promosi yang berkesan

  1. Apakah mesej yang cuba kita sampaikan?
  2. Adakah pelanggan akan ingat pada kita(bukan produk) sebulan kemudian?
  3. Berikan BONUS pada produk anda, walaupun sedikit
  4. Pastikan anda mempunyai target customer (pelajar/suri rumah dan lain- lain)
  5. Pastikan iklan anda relevan dengan kredibiliti anda( anda bagus dalam email marketing, buat promosi mengenai bisnes email marketing)
  6. Pastikan iklan anda unik dan berbeza daripada iklan lain
  7. letakkan time limit untuk produk anda( contoh: rm100 untuk 2 hari sahaja, kemudian harga naik menjadi rm150) 
Itu sahaja sedikit sebanyak yang mampu saya berkongsi untuk entri kali ini. Sesungguhnya ilmu marketing/promosi/pengiklanan ini amat penting dan merupakan tool kedua dalam memastikan perniagaan kita berjaya.

 Insya Allah dalam entri berikutnya kita akan berkongsi mengenai tool ketiga dalam menjana peluang pendapatan online: Produk


No comments:

Post a Comment