Keep steadily before you the fact that all true success depends at last upon yourself.
Theodore T. Hunger
Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia Dunia Bisnes. Harini kita akan berbincang sedikit sebanyak jenis- jenis perniagaan. Bisnes ini sebenarnya terbahagi kepada dua kumpulan besar, iaitu bisnes produk fizikal dan digital.
Produk fizikal merupakan produk yang boleh kita dapati di kedai- kedai seperti beras, handphone, tablet dan sebagainya manakal produk digital pula merupakan produk yang boleh kita dapati di alam maya seperti ebook, video, domain dan blog.
http://www.jaringandata.com |
Walaubagaimanapun, kedua- dua jenis perniagaan ini mempunyai prinsip dan asa yang sama, iaitu menjual produk. Maka, adalah salah apabila kita mengatakan bisnes digital( lebih dikenali bisnes internet) lebih mudah dan tidak serumit bisnes fizikal. Tahukah anda bisnes digital seperti amazon.com, ebay.com dan clickbank.com mempunyai jumlah pekerja yang ramai? Mereka memerlukan pengurus untuk menyelia jualan, hal ehwal pekerja dan promosi sama seperti syarikat bisnes fizikal yang lain.
Namun begitu, yang membezakan antara bisnes fizikal dan digital ialah dalam bisnes digital, anda boleh bekerja dari rumah anda sendiri, malah sekiranya anda mempunyai syarikat untuk produk digital, pekerja anda boleh bekerja dari rumah sendiri dan modal permulaan yang kecil. Konsep 'bekerja dari rumah' itulah yang amat menarik minat orang ramai.
Kesimpulannya, tiada bisnes yang mudah di dalam dunia ini. Kedua- dua jenis bisnes tersebut memerlukan usaha yang berterusan serta kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menjayakannya.
Insya Allah dalam entri berikutnya kita akan berbincang lebih lanjut mengenai bisnes digital serta bagaimana kita boleh memulakan bisnes ini tanpa sebarang modal.
No comments:
Post a Comment