Sunday, January 11, 2015

Soalan: Saya dah cuba validate tapi tiada respon

Soalan: Saya dah cuba validate tapi tiada respon. 
Macam mana ni?
==========

Siapa ada masalah ni? 
.
.
Pada awal tahun 2014 saya dan Rumbia ada buat kelas Memulakan Bisnes dengan Langkah Kanan.

Kelas ini buat 2 kali saja. Lepas tu saya malas dah nak buat.

Dalam kelas ini, sehari suntuk diajar bab validation dan beberapa bab lain. Saya ringkaskan separuh masa pertama kelas tu dalam pos ni.

Separuh masa kedua tu advanced sikit. Lain kali cerita.
.
.
1. Apa tujuan validate?

Tujuan validate ialah untuk tengok produk kita ada permintaan atau tidak. FAHAMKAN benda ni. Bukan saja-saja suruh buat.

Atau sebenarnya: akan sentiasa ada demand untuk apa jua produk. Tak percaya tengok la. Produk paling gila sekalipun, mesti ada orang nak.

Tapi... bolehkah kita cari orang yang nak produk kita?

Jadi...

Tujuan validate ialah: menguji sama ada kita boleh cari siapa yang mahu produk yang kita jual dengan cara yang mudah dan murah.

Menguji sama ada kita boleh dapat permintaan.

RAMAI orang tak faham apa tujuan dia buat benda ni. Main ikut buta tuli saja.
.
.
2. TIGA rukun marketing.

Kalau anda ikut saya dah lama atau pernah beli PANDUAN TAWARAN MELELEH, mesti tahu 3 rukun marketing ini.

3 rukun marketing ialah:
- market: pelanggan
- mesej: ayat tawaran
- media: saluran, channel

Marketing ialah menyampaikan mesej yang betul kepada pelanggan yang betul melalui medium yang betul.

Dan, macam biasa, rukun ada tertib.

Dalam hal ini, pun sama. TERTIB. Dulukan yang dulu. UTAMAKAN PELANGGAN.
.
.
3. MARKET: Siapa pelanggan anda?

Siapa yang perlukan produk ini? Apa masalah yang mereka cuba selesaikan? Apa yang mereka mahu? Apa yang meraka takutkan?

Apakah keinginan dan impian mereka?

KENALI pelanggan anda.

Kalau main tala je... tak payah buat bisnes. Teruskan makan gaji!
.
.
4. MESEJ: Apa ayat tawaran anda?

Apa yang mereka mahu baca? Apa yang mereka minat untuk baca walaupun panjang walaupun anda tulis kecil-kecil walaupun mereka sibuk gila?

Tidak perlu ayat sentap, hype, pukau, jampi apa bagai.

Cuma cakap saja apa benda yang jelas yang buatkan mereka mahu baca.

KALAU ANDA KENAL pelanggan: sepatutnya tiada masalah pada bahagian ini.
.
.
5. MEDIA: Apa saluran yang anda gunakan?

Saya dah validate, tapi takde demand. Produk ni takde orang nak ke? Saya perlu ubah produk ke?

PERHATIKAN: semua produk mesti ada orang nak!

CUMA: kalau anda jual nasi lemak hujung jalan depan kubur, memang la takde orang beli? Nak harap orang dah mati dalam kubur tu beli nasi lemak ke?

Kalau anda validate produk tu di wall sendiri, friend anda pulak ada 200 orang je dan takde seorang pun dalam target market anda: MEMANG LA TAKDE RESPON!

Cuba fikir logik, siapa pelanggan anda? Di mana mereka berada?

Hantarkan mesej anda ke sana!
.
.
6. Validate produk TAK SEMESTINYA di FACEBOOK.

Penuh Facebook ni dengan orang menjual. Semak tau tak?

Kalau produk anda tu produk set bersalin, yang pi promot dalam Facebook anda yang kawan penuh dengan mat rempit tu pasal apa? Mat rempit mana makan set bersalin?

Pergi la validate di klinik bersalin, klinik kesihatan atau group ibu bersalin.

Keluar dari kepompong Facebook.

Kalau jual aiskrim tapi dok sorang-sorang dalam bilik tak mau bagitau orang, orang nak beli ka? Pergi la round naik motor sambil ketung ketang ketung ketang goyang loceng! Pergi la taman permainan, pergi la kenduri kahwin, pergi la taman rekreasi, pergi la tepi pantai!
.
.
7. 'Saya validate produk saya dalam group iklan.'

Dalam group iklan tu ada berapa ratus orang iklankan produk setiap saat?

Berapa ramai je yang cari produk untuk dibeli?

Majoriti dalam tu semua menjual je.

Buat la research dulu. Tengok selama ni orang pos iklan ada respon ke.

Kadang-kadang bila saya tanya: pos kat mana?

Dia jawab: kat group X.

Bila saya buka group X tu, penuh orang iklan. Haram satu like satu komen pun takde kat semua iklan.
.
.
8. LOGIKNYA mudah.

Fikir logik ke tak.

Marketing bermaksud: kenalpasti kepada siapa kita mahu jual dan cari jalan untuk buatkan dia beli.

Marketing tidak bermaksud: pos validation di Facebook sendiri yang takde target market pun dalam friend list ATAU pos validation di group Facebook yang takde sorang pun pembeli.

Logik ke tak logik tu?

Jangan buat kerja tak logik.

Cari nak jual pada siapa. Cari jalan untuk buatkan dia beli.

Itu saja.
.
.
9. BONUS: Bisnes dan marketing ini MUDAH.

Bisnes ini mudah saja.

Semalam saya saja-saja pos pasal Marketing Planner, tau-tau tak sampai 3 jam dah lebih 100 unit orang nak. Saya pula letih nak membuat benda tu.

Sekarang dah dekat 200 unit permintaan. Saya pula dah cuak nak tengok borang respons tu.

Bila kita terer marketing, masalah kita ialah nak memenuhi permintaan je.

Pos main-main pun boleh jadi pening nak penuhi permintaan je.

Dua hari lepas saya tanya dalam group saya nak beli something tak, dalam masa sejam 40 komen.

Produk tak sempat ada, dah 20 orang bayar.

Tawaran Meleleh pun gitu. Saya belum siap tulis, dah ramai beratur nak bayar untuk dapatkan.

Jaket saya jual boleh buat pre-order. Nak tempah, bayar dulu. Tak payah saya keluar modal.

DVD Mengaji saya jual dulu pun begitu. Dah cukup orang bayar, baru saya gunakan duit tu untuk tempah studio.

Nak penuhi permintaan ni tak susah, sebab produk ada banyak. Boleh beli dari orang, boleh OEM.

Ia lebih elok dari masalah produk melambak tapi takde permintaan.

Cari permintaan dulu baru buat produk.

Orang kita terbalik: produk dah melambak bawah katil, baru terhegeh-hegeh nak cari permintaan. 



SUMBER

1 comment: