Saturday, January 3, 2015

Bisnes siapa terpukul paling teruk apabila berlaku banjir besar

Dari ABS: Bisnes siapa terpukul paling teruk apabila berlaku banjir besar.
Apabila air naik sampai ke bumbung kedai, banyak dokumen perniagaan yang binasa, ataupun hanyut dan hilang.
Bil-bil, delivery order, dan invois-invois habis!
.
Pembekal kecil terpukul paling teruk!
Lazimnya mereka tidak menggunakan sistem komputer cloud ataupun server yang disewa bagi menyimpan data dan maklumat bisnes.
Semuanya dalam bentuk kertas yang disimpan di dalam fail. Apabila terendam dalam banjir, habislah semua dokumen itu.
.
Bagaimana kita mahu menagih hutang?... tanpa ada dokumen sokongan.
Tanpa adanya fail-fail dokumen, kita pun tidak ingat siapa yang berhutang kepada kita, dan berapa banyak hutang mereka.
.
Hendak ditanya pihak yang berhutang?
Kalau pihak yang berhutang itu pun syarikat kecil, dan fail-fail bisnes mereka juga terendam dalam banjir... Habislah!
Yang memberi hutang tidak mempunyai dokumen. Yang berhutang pun tidak ada dokumen.
.
Paling teruk adalah syarikat kecil yang membekalkan stok kepada rangkaian supermarket, umpamanya.
Nilai stok yang dibekalkan boleh mencapai puluhan ribu.... Tanpa adanya dokumen sokongan, memang hutang tak dapat ditagih.
Puluhan ribu duit kita tersangkut dengan mereka.
Tetapi, pembekal bahan-bahan mentah yang kita ambil dapat tagih hutang kita. Dokumen mereka lengkap. Mereka tidak ditimpa banjir.
Macam mana kita nak bayar hutang pembekal?

SUMBER: Ainon Mohd.

No comments:

Post a Comment