Friday, January 9, 2015

Apabila channel kita ditimpa banjir

Dari ABS: Apabila channel kita ditimpa banjir.
Kita di Kuala Lumpur membekalkan stok kepada channel-channel kita di Kelantan.
Tiba-tiba mereka ditimpa banjir. Kedai mereka tenggelam sampai ke bumbung. Habis stok kita busuk terendam di dalam air.
.
Dari sudut prosedur bisnes, ada 3 jenis stok:
1. Stok consignment
Stok consignment yang rosak itu tidak perlu dibayar. Kerugian akibat kerosakan itu ditanggung oleh pembekal 100%.
.
2. Stok belian berkredit.
Bagi stok belian berkredit, channel kita tetap perlu membayar harga stok yang sudah diterima. Bekalan sudah dihantar dan channel sudah menerimanya.
Apabila sampai tempoh kredit matang, maka hutang stok itu perlu dibayar.
.
3. Stok belian SOR (sold or return)
Dalam sistem ini, stok yang terjual dibayar. Stok yang tidak terjual dipulangkan kepada pembekal, dengan syarat stok dalam keadaan elok.
Apabila stok terendam dalam banjir, stok itu rosak semasa dalam jagaan channel. Stok yang rosak tidak boleh dipulangkan, oleh itu wajib dibayar hutangnya.
.
Di sinilah pentingnya orang bisnes sentiasa menjaga hubungan baik antara pembekal dan channel.
Dalam keadaan ditimpa musibah, kedua-dua belah pihak dapat duduk dan berunding bagi mencari jalan mengatasi kerugian yang di luar dugaan.


SUMBER: Ainon Mohd.

1 comment: