Wednesday, January 14, 2015

SALES MAHU LAJU, TAX TAKUT BAYAR

SALES MAHU LAJU, TAX TAKUT BAYAR, APA SOLUSI?
**skill kalis sontot
1. Dalam pengurusan bisnes, sy sangat menekankan perihal penting 2 bidang tugas.
Pertama, Sales & Marketing. Kedua, Management termasuk Business Development & Planning, Financial dan Human Resource.
2. Mengapa?
Sales & Marketing adalah barisan hadapan sesuatu bisnes. Marketing utk publisiti secara meluas, Sales utk direct to the person.
Tanpa kombinasi kedua ini, kita takkan dapat mencapai 2 perkara serentak; iaitu menerima sales yg konsisten dan pada masa yg sama, mencipta legasi dan BRANDING.
Management atau pengurusan. Wajib. Duit masuk hasil dari Sales & Marketing, jika tidak diurus dengan betul, akan berlaku kehilangan duit secara tidak disedari. Samada disebabkan oleh dirompak tuan empunya bisnes atau faktor pengurusan duit yg salah.
3. Apa kaitan kedua-dua ini? Dan juga tax?
Ini cara yg sy buat. Cara sy, sy fokus kepada sustainability of business. Yg penting KONSISTEN dan BERTERUSAN.
Kuota sales. Saya akan setkan terlebih dahulu. Contoh, dalam kertas kerja, saya sudah buat kiraan yg dengan setiap sales berjumlah RM100,000, keuntungan kasar saya adalah RM10,000.
.
.
.
Bagaimana mahu tahu untung ke tidak? Buatlah kertas kerja. Buat kaji selidik bisnes dahulu, untung atau tidak dalam kertas. Biar detail, apa peluang dan apa risiko. Biarpun orang complain serabut, 'bajet macam bagus' tetapi inilah penanda arasnya. Jika dalam 6 bulan gagal dan tak penuhi piawai, tarik handbrake, STOP. Dari terus rugi, lebih baik modal terjamin.
Orang Melayu lemah bab-bab atas ni. Yang tahu pecut lane kanan, tak tengok kiri kanan, terus langgar tiang, SONTOT.
.
.
.
Sambung. Ok, bayangkan jika target sales sebulan saya adalah RM200,000, bermakna keuntungan bisnes sebulan secara kasar adalah RM20,000.
Jika saya setkan target sales setahun RM2.4 Juta, bermakna keuntungan kasar adalah hampir RM240,000.
Dengan keuntungan kasar seperti ini, atas kapasiti Sdn Bhd, saya perlu BERBELANJA sebanyak mungkin utk mengurangkan kadar keuntungan sy dari RM240,000 kepada RM50,000 ke RM100,000. Di sinilah saya shopping membeli aset, tambah benefit utk staff, penambahbaikan produk syarikat dan sebagainya.
.
.
.
Mengapa?
Tax corporate bawah RM500,000 adalah 20%. Jadi, jika keuntungan RM50,000; tak yg dibayar setahun adalah RM10,000. Jika RM100,000; tax nya adalah RM20,000.
Ok?
Nampak bagaimana saya rancang?
Dan jadi pembayar tax corporate yg bagus. Anda akan nampak hasilnya nanti. Memang WOW, jika tahu dan berjaya buat.
.
.
.
Bayangkan jika yg tak pernah ada kuota? Unlimited kuota sales. Fuhhh....
Baru 3 bulan bisnes, sales masuk juta-juta, tapi tak tahu mana di mana untung dan di mana rugi.
Jenis di atas, senang TERSONTOT sebab tak jaga KUOTA SALES. Samada tersontot salah urus duit atau disontot LHDN setelah setahun dua bisnes.
Biasa dengar kan? 
Skil di atas sesuai utk digunakan utk apa-apa jua bisnes. Evergreen. Termasuk EMAS.


Monday, January 12, 2015

5 Sebab Prospek Tak Membeli

5 Sebab Prospek Tak Membeli
------------------------

1. Mereka tak nak / tak perlu produk kita
(ini sebab target orang yang salah semasa buat iklan. cara nak settle? Tukar targetting. Tak guna bertekak dan memaksa orang yg tak sudi)

2. Tak cukup 'kenal' kita
Kalau dia baru 1st time jumpa kita, agak sukar nak menjual. So kena tanya proses jualan kita.

Contohnya kena tanya diri sendiri..

"aku kenalkan tak diri aku siapa?"
"adakah aku tunjuk minat pada dia? atau aku sibuk nak menjual semata2?"
"aku ambil masa tak nak bermesra dulu?"

3. Kurang konfiden dengan kita, atau produk kita

Walaupun dah kenal, tapi kalau produk kita tak 'munasabah' ikut logik akal dia… dia takkan beli juga.

Semalam saya pergi klinik hantar Fatin jumpa doktor.
Kami kenal doktor ni. Kami rapat.

Lepas fatin habis checkup, doktor promote 1 produk kuruskan badan pada saya.

Dia kata, syaratnya, kena ambil 4 jenis produk ni, dan kena bersenam, dan kena kurangkan makan, dan tak boleh dinner.

Harga produk ni RM4999.

Dalam hati saya..
"Eh, kalau aku bersenam, dan jaga makan pun boleh kurus". Tak perlu belanja RM4999 kalau buat benda2 ni betul2.

So… doktor itu saya percaya. Tapi sy tak konfiden dengan produk, atau cara dia terangkan produk.

4. Salah harga.

Ini tak perlu explain panjang lebar. Kalau harga tak kena dengan pasaran, atau tak justify kualiti barang kita dengan harga tersebut… ini akan jadi masalah.

kalau boleh justify, mungkin saya kena terangkan dulu betul2, kenapa harganya begitu.

Atau, mungkin boleh buat sistem bayaran ansuran.

Atau, mungkin boleh offer trial yang murah dulu, kemudian bila dah konfiden baru bagi harga biasa.

Ini antara benda2 yang sy akan terfikir mengenai harga.

5. Kurang urgency.

Kekadang, bila kita dah explain panjang lebar, dah buat semua yang terbaik… tapi last2 bila kita nak JUAL, atau CLOSE…kecut semua telur rebus yang ada.

So dalam kes ni, sy akan tanya diri sendiri.
a) OK tak offer aku? cukup urgency ke? atau ala kadar saja?
b) Ada deadline tak?
c) ada jaminan yang boleh legakan kerisauan pelanggan tak?
d) Ada cara pembelian yang senang dan mudah tak?
e) Aku tanya betul2 tak utk close sales.. atau sekadar tanya "camna tuan? jadi ke nak beli?"



Sunday, January 11, 2015

Soalan: Saya dah cuba validate tapi tiada respon

Soalan: Saya dah cuba validate tapi tiada respon. 
Macam mana ni?
==========

Siapa ada masalah ni? 
.
.
Pada awal tahun 2014 saya dan Rumbia ada buat kelas Memulakan Bisnes dengan Langkah Kanan.

Kelas ini buat 2 kali saja. Lepas tu saya malas dah nak buat.

Dalam kelas ini, sehari suntuk diajar bab validation dan beberapa bab lain. Saya ringkaskan separuh masa pertama kelas tu dalam pos ni.

Separuh masa kedua tu advanced sikit. Lain kali cerita.
.
.
1. Apa tujuan validate?

Tujuan validate ialah untuk tengok produk kita ada permintaan atau tidak. FAHAMKAN benda ni. Bukan saja-saja suruh buat.

Atau sebenarnya: akan sentiasa ada demand untuk apa jua produk. Tak percaya tengok la. Produk paling gila sekalipun, mesti ada orang nak.

Tapi... bolehkah kita cari orang yang nak produk kita?

Jadi...

Tujuan validate ialah: menguji sama ada kita boleh cari siapa yang mahu produk yang kita jual dengan cara yang mudah dan murah.

Menguji sama ada kita boleh dapat permintaan.

RAMAI orang tak faham apa tujuan dia buat benda ni. Main ikut buta tuli saja.
.
.
2. TIGA rukun marketing.

Kalau anda ikut saya dah lama atau pernah beli PANDUAN TAWARAN MELELEH, mesti tahu 3 rukun marketing ini.

3 rukun marketing ialah:
- market: pelanggan
- mesej: ayat tawaran
- media: saluran, channel

Marketing ialah menyampaikan mesej yang betul kepada pelanggan yang betul melalui medium yang betul.

Dan, macam biasa, rukun ada tertib.

Dalam hal ini, pun sama. TERTIB. Dulukan yang dulu. UTAMAKAN PELANGGAN.
.
.
3. MARKET: Siapa pelanggan anda?

Siapa yang perlukan produk ini? Apa masalah yang mereka cuba selesaikan? Apa yang mereka mahu? Apa yang meraka takutkan?

Apakah keinginan dan impian mereka?

KENALI pelanggan anda.

Kalau main tala je... tak payah buat bisnes. Teruskan makan gaji!
.
.
4. MESEJ: Apa ayat tawaran anda?

Apa yang mereka mahu baca? Apa yang mereka minat untuk baca walaupun panjang walaupun anda tulis kecil-kecil walaupun mereka sibuk gila?

Tidak perlu ayat sentap, hype, pukau, jampi apa bagai.

Cuma cakap saja apa benda yang jelas yang buatkan mereka mahu baca.

KALAU ANDA KENAL pelanggan: sepatutnya tiada masalah pada bahagian ini.
.
.
5. MEDIA: Apa saluran yang anda gunakan?

Saya dah validate, tapi takde demand. Produk ni takde orang nak ke? Saya perlu ubah produk ke?

PERHATIKAN: semua produk mesti ada orang nak!

CUMA: kalau anda jual nasi lemak hujung jalan depan kubur, memang la takde orang beli? Nak harap orang dah mati dalam kubur tu beli nasi lemak ke?

Kalau anda validate produk tu di wall sendiri, friend anda pulak ada 200 orang je dan takde seorang pun dalam target market anda: MEMANG LA TAKDE RESPON!

Cuba fikir logik, siapa pelanggan anda? Di mana mereka berada?

Hantarkan mesej anda ke sana!
.
.
6. Validate produk TAK SEMESTINYA di FACEBOOK.

Penuh Facebook ni dengan orang menjual. Semak tau tak?

Kalau produk anda tu produk set bersalin, yang pi promot dalam Facebook anda yang kawan penuh dengan mat rempit tu pasal apa? Mat rempit mana makan set bersalin?

Pergi la validate di klinik bersalin, klinik kesihatan atau group ibu bersalin.

Keluar dari kepompong Facebook.

Kalau jual aiskrim tapi dok sorang-sorang dalam bilik tak mau bagitau orang, orang nak beli ka? Pergi la round naik motor sambil ketung ketang ketung ketang goyang loceng! Pergi la taman permainan, pergi la kenduri kahwin, pergi la taman rekreasi, pergi la tepi pantai!
.
.
7. 'Saya validate produk saya dalam group iklan.'

Dalam group iklan tu ada berapa ratus orang iklankan produk setiap saat?

Berapa ramai je yang cari produk untuk dibeli?

Majoriti dalam tu semua menjual je.

Buat la research dulu. Tengok selama ni orang pos iklan ada respon ke.

Kadang-kadang bila saya tanya: pos kat mana?

Dia jawab: kat group X.

Bila saya buka group X tu, penuh orang iklan. Haram satu like satu komen pun takde kat semua iklan.
.
.
8. LOGIKNYA mudah.

Fikir logik ke tak.

Marketing bermaksud: kenalpasti kepada siapa kita mahu jual dan cari jalan untuk buatkan dia beli.

Marketing tidak bermaksud: pos validation di Facebook sendiri yang takde target market pun dalam friend list ATAU pos validation di group Facebook yang takde sorang pun pembeli.

Logik ke tak logik tu?

Jangan buat kerja tak logik.

Cari nak jual pada siapa. Cari jalan untuk buatkan dia beli.

Itu saja.
.
.
9. BONUS: Bisnes dan marketing ini MUDAH.

Bisnes ini mudah saja.

Semalam saya saja-saja pos pasal Marketing Planner, tau-tau tak sampai 3 jam dah lebih 100 unit orang nak. Saya pula letih nak membuat benda tu.

Sekarang dah dekat 200 unit permintaan. Saya pula dah cuak nak tengok borang respons tu.

Bila kita terer marketing, masalah kita ialah nak memenuhi permintaan je.

Pos main-main pun boleh jadi pening nak penuhi permintaan je.

Dua hari lepas saya tanya dalam group saya nak beli something tak, dalam masa sejam 40 komen.

Produk tak sempat ada, dah 20 orang bayar.

Tawaran Meleleh pun gitu. Saya belum siap tulis, dah ramai beratur nak bayar untuk dapatkan.

Jaket saya jual boleh buat pre-order. Nak tempah, bayar dulu. Tak payah saya keluar modal.

DVD Mengaji saya jual dulu pun begitu. Dah cukup orang bayar, baru saya gunakan duit tu untuk tempah studio.

Nak penuhi permintaan ni tak susah, sebab produk ada banyak. Boleh beli dari orang, boleh OEM.

Ia lebih elok dari masalah produk melambak tapi takde permintaan.

Cari permintaan dulu baru buat produk.

Orang kita terbalik: produk dah melambak bawah katil, baru terhegeh-hegeh nak cari permintaan. 



SUMBER

Saturday, January 10, 2015

Jangan main harga!

Soalan yang lebih patut untuk ditanya ialah...

Bagaimana untuk membuatkan harga bukan satu faktor penting dalam jualbeli produk kita?

Bagaimana untuk membuatkan pelanggan pilih kita bukan kerana harga?

Bagaimana untuk buatkan orang datang kepada kita walaupun ada penjual lain tawarkan harga murah?

==========
Jangan main harga!
==========

>> Kalau kita menang dengan harga, kita pun akan kalah dengan harga. <<

Kalau prospek tak nampak nilai produk/servis kita...

Kalau beza yang kita tawarkan hanyalah harga...

...ada orang lain akan bunuh kita juga dengan harga!

...buat apa meniaga kalau kita sekadar bertanding atas harga!

Jangan main harga!

Ada banyak ciri-ciri lain yang membuatkan pelanggan membeli.

- Customer service
- Expert advice yang ditawarkan -- authority penjual
- Pakejing yang menarik
- Personaliti penjual
- Kualiti
- Customisation -- boleh ikut permintaan pelanggan
- Peace of mind -- risk reversal @ refund policy
- Snob appeal -- orang beli sebab benda tu mahal
- Barang cepat sampai
- Free postage
- Tawaran yang betul pada waktu yang betul kepada orang yang betul
- Reputasi penjual
- Jenama
- Conformity & social proof -- orang beli apa yang orang lain beli
- Uniqueness -- orang beli apa yang orang lain takde
- Banyak pilihan

^ list ni saya tulis dalam masa 5 minit je

Pastinya anda boleh fikir lebih banyak lagi.

THE POINT IS:
Harga hanyalah salah satu ciri yang pelanggan pandang masa membeli.

Ingat benda ni:
Harga ialah apa yang kita bayar, nilai ialah apa yang kita dapat.

Kalau kita tak tahu apa nilai yang kita beri kepada pelanggan, maksudnya kita TAK CUKUP KENAL PELANGGAN!

Sekali lagi: JANGAN MAIN HARGA (unless kalau nama anda Amazon dan ada beratus juta duit investor di belakang).



SUMBER---> BR Exploration

Friday, January 9, 2015

Apabila channel kita ditimpa banjir

Dari ABS: Apabila channel kita ditimpa banjir.
Kita di Kuala Lumpur membekalkan stok kepada channel-channel kita di Kelantan.
Tiba-tiba mereka ditimpa banjir. Kedai mereka tenggelam sampai ke bumbung. Habis stok kita busuk terendam di dalam air.
.
Dari sudut prosedur bisnes, ada 3 jenis stok:
1. Stok consignment
Stok consignment yang rosak itu tidak perlu dibayar. Kerugian akibat kerosakan itu ditanggung oleh pembekal 100%.
.
2. Stok belian berkredit.
Bagi stok belian berkredit, channel kita tetap perlu membayar harga stok yang sudah diterima. Bekalan sudah dihantar dan channel sudah menerimanya.
Apabila sampai tempoh kredit matang, maka hutang stok itu perlu dibayar.
.
3. Stok belian SOR (sold or return)
Dalam sistem ini, stok yang terjual dibayar. Stok yang tidak terjual dipulangkan kepada pembekal, dengan syarat stok dalam keadaan elok.
Apabila stok terendam dalam banjir, stok itu rosak semasa dalam jagaan channel. Stok yang rosak tidak boleh dipulangkan, oleh itu wajib dibayar hutangnya.
.
Di sinilah pentingnya orang bisnes sentiasa menjaga hubungan baik antara pembekal dan channel.
Dalam keadaan ditimpa musibah, kedua-dua belah pihak dapat duduk dan berunding bagi mencari jalan mengatasi kerugian yang di luar dugaan.


SUMBER: Ainon Mohd.

Thursday, January 8, 2015

Membelanjakan duit yang belum ada

Dari ABS: Membelanjakan duit yang belum ada.
Apabila kita masih baru dalam bisnes, duit simpanan belum banyak, langkah menyewa kedai adalah tidak bagus dari sudut pengurusan cashflow.
Apabila kita menyewa kedai, kita sudah membuat komitmen bagi membelanjakan duit yang belum ada dalam tangan.
Duit ada ataupun tidak ada, kita terpaksa membelanjakan duit itu. Sewa kedai terpaksa dibayar.
Kegagalan membayar sewa kedai adalah faktor utama dalam banyak-banyak faktor apabila perniagaan berkedai bungkus.


SUMBER: Ainon Mohd.

Wednesday, January 7, 2015

2 kategori usahawan



Tip men-design modul kursus keusahawanan.

Apabila mahu memberi kursus keusahawanan, tengok dulu, yang datang itu terdiri daripada kategori yang mana.

Lain peserta yang datang berkursus, lain konten kursusunya.


+ Silabusnya tidak boleh sama.

+ Modulnya tidak boleh sama.

Janganlah nota kuliah yang sama, dan slide yang sama, digunakan dalam semua kursus keusahawanan.

.

Ada 2 kategori usahawan:

1. Usahawan sara-diri.

Mereka berniaga kecil-kecilan kerana mahu menyara diri dan keluarga. Mereka itu mencari makan dengan jalan berniaga di tepi jalan, di bawah pokok, di simpang tiga.

Kalau tidak meniaga, anak isteri mereka lapar.

Mereka bukan berniaga kerana mahu menjadi jutawan.

Tidak perlulah mereka diajar bagaimana menyediakan BMC, prosedur mendaftarkan syarikat, tugas ALP, simpan kira, laporan akaun untuk cukai LHDN, pembahagian dividen dll.

.

2. Usahawan kejayaan ekonomi.

Mereka ini memang mahu menjadi entrepreneur yang berjaya.

Angan-angan mereka besar. Cita-cita mereka besar. Mereka mahu memiliki bisnes yang besar-besar.






SUMBER: Ainon Mohd.

Tuesday, January 6, 2015

Syarikat sendirian berhad



Dari ABS: Syarikat sendirian berhad.

Ada ahli ABS bertanya tentang saham dalam syarikat sdn bhd.

+ Jika tuan membeli saham dalam syarikat sdn bhd yang sudah sedia ada dan beroperasi, itu bermakna tuan adalah pemilik saham.


+ Pemilik saham tidak bermakna tuan akan terus menjadi ahli lembaga pengarah (ALP) syarikat itu.

+ Terpulang kepada ALP syarikat itu sama ada mereka setuju melantik tuan ke dalam lembaga. ALP mesti bermesyuarat dan bersetuju melantik tuan.

.

+ Melainkan tuan dilantik menjadi ALP, tuan tidak terlibat dalam undian mesyuarat ALP.

+ Sebagai pemegang saham, tuan hanya hadir dalam mesyuarat tahunan pemegang saham. Tuan hanya mengundi dalam mesyuarat ini.

+ Tuan menerima dividen tahunan dari syarikat. Jika syarikat rugi, tuan tidak menerima dividen.

+ Jumlah dividen yang tuan terima adalah bergantung kepada jumlah saham yang tuan miliki.






SUMBER: Ainon Mohd.

Monday, January 5, 2015

Syarikat enterprise Kaya tetapi tidak kaya-raya



Dari ABS: Syarikat enterprise. <---- Kaya tetapi tidak kaya-raya.

Ambil senario ini....

Tuan menjalankan bisnes menggunakan 'syarikat enterprise'.


Bisnes tuan dalam keadaan bagus. Produk laku. Jualan setiap bulan melebihi RM50k.

Dalam akaun bank 'syarikat enterprise' tuan, jumlah wang tunai melebihi RM300k.

Tuan mahu membeli rumah kedai 4 tingkat di Selayang yang berharga RM2.1j.

Apakah bank akan memberi pinjaman kepada 'syarikat enterprise' tuan bagi membeli rumah kedai itu?

.

Sebelum meluluskan permohonan pinjaman tuan itu, bank mahukan 3 dokumen ini:

1. Akaun bank selama 6 bulan terakhir.

Syarikat enterprise boleh menunjukkan akaun bank selama 6 bulan terakhir. No problem! Akaun bank tuan memang setiap bulan menunjukkan jumlah positif.

2. Laporan kewangan teraudit selama 3 tahun terakhir.

Tuan tersangkut di sini! Syarikat enterprise tidak mempunyai laporan kewangan teraudit!

3. Dokumen persetujuan ahli lembaga pengarah (ALP) menjadi penjamin peribadi kepada pinjaman syarikat.

Tuan tersangkut di sini. Syarikat enterprise tidak mempunyai ALP.




SUMBER: Ainon Mohd.

Sunday, January 4, 2015

Enterprise- Bagaimana kita buat untung 10 sen tetapi kita rugi 100 ringgit



Dari ABS: Enterprise <--- Bagaimana kita buat untung 10 sen tetapi kita rugi 100 ringgit.

Banyak peniaga Melayu suka berniaga dengan mendaftarkan 'syarikat enterprise' sahaja. Mereka tidak mahu mendaftarkan syarikat sdn bhd atas rasional:

+ Mendaftarkan 'syarikat enterprise' amat murah. RM100 sahaja. Prosesnya pun amat cepat.


+ Mendaftarkan syarikat sdn bhd sangat mahal. Paling kurang wajib ada RM3k. Prosesnya sangat lambat.

.

+ Kos me-maintain syarikat sdn bhd sangat mahal.

> Tiap-tiap bulan terpaksa membayar retainers fee kepada company secretary.

> Akaun syarikat wajib diaudit. Ini kos lain lagi.

> Macam-macam peraturan SSM wajib dipatuhi, jikalau tidak pelbagai kompaun dan penalti akan dikenakan oleh SSM. Nasib tak baik, didakwa di mahkamah!

Dengan menggunakan syarikat enterprise banyak kos dapat dijimatkan.

.

Jika demikian situasinya, mengapakah semua businessman yang kaya-raya mendaftarkan puluhan, malah ratusan syarikat-syarikat sdn bhd?

+ Syarikat sdn bhd adalah kenderaan bagi pembangunan kekaya-rayaan dalam ekonomi zaman modern.

+ Ia ibarat kita membeli tiket pesawat terbang! Meskipun mahal, dengan membeli tiket pesawat itu kita mampu pergi jauh.

+ Syarikat enterprise adalah ibarat kita membeli tiket bas. Ia murah. Ia tidak dapat membawa kita pergi jauh.






SUMBER: Ainon Mohd.

Saturday, January 3, 2015

Bisnes siapa terpukul paling teruk apabila berlaku banjir besar

Dari ABS: Bisnes siapa terpukul paling teruk apabila berlaku banjir besar.
Apabila air naik sampai ke bumbung kedai, banyak dokumen perniagaan yang binasa, ataupun hanyut dan hilang.
Bil-bil, delivery order, dan invois-invois habis!
.
Pembekal kecil terpukul paling teruk!
Lazimnya mereka tidak menggunakan sistem komputer cloud ataupun server yang disewa bagi menyimpan data dan maklumat bisnes.
Semuanya dalam bentuk kertas yang disimpan di dalam fail. Apabila terendam dalam banjir, habislah semua dokumen itu.
.
Bagaimana kita mahu menagih hutang?... tanpa ada dokumen sokongan.
Tanpa adanya fail-fail dokumen, kita pun tidak ingat siapa yang berhutang kepada kita, dan berapa banyak hutang mereka.
.
Hendak ditanya pihak yang berhutang?
Kalau pihak yang berhutang itu pun syarikat kecil, dan fail-fail bisnes mereka juga terendam dalam banjir... Habislah!
Yang memberi hutang tidak mempunyai dokumen. Yang berhutang pun tidak ada dokumen.
.
Paling teruk adalah syarikat kecil yang membekalkan stok kepada rangkaian supermarket, umpamanya.
Nilai stok yang dibekalkan boleh mencapai puluhan ribu.... Tanpa adanya dokumen sokongan, memang hutang tak dapat ditagih.
Puluhan ribu duit kita tersangkut dengan mereka.
Tetapi, pembekal bahan-bahan mentah yang kita ambil dapat tagih hutang kita. Dokumen mereka lengkap. Mereka tidak ditimpa banjir.
Macam mana kita nak bayar hutang pembekal?

SUMBER: Ainon Mohd.

Friday, January 2, 2015

situasi yang sukar

Dalam situasi yang sukar, kita bersikap sebagaimana sebuah pesawat Airbus A380 beroperasi.
Airbus A380 dipasang dengan 5 sistem autopilot. Kelima-limanya dihasilkan oleh 5 pasukan berlainan, dan dibekalkan oleh 5 buah syarikat berlainan.
Apabila 1 sistem tidak dapat berfungsi, 4 sistem yang lain dapat diaktifkan supaya pesawat dapat terus diterbangkan dengan selamat.
Terus bekerja!


SUMBER: Ainon Mohd.

Thursday, January 1, 2015

Partner sahabat baik dan ahli keluarga

Dari ABS: Partner sahabat baik dan ahli keluarga.
ABS sangat tidak menggalakkan:
+ Mengambil sahabat baik ataupun ahli keluarga sebagai business partner.
+ Mengambil duit modal memulakan bisnes dari sahabat baik, ataupun dari ahli keluarga.
+ Melantik sahabat baik ataupun ahli keluarga menjadi staff syarikat.
.
Apabila sahabat baik ataupun ahli keluarga terlibat dalam bisnes kita, risiko sosialnya sangat banyak.
+ Bisnes boleh menyebabkan kerosakan pada hubungan baik dengan sahabat karib dan ahli-ahli keluarga. Ini boleh berlaku dalam situasi bisnes rugi ataupun bisnes untung!
+ Pengaruh kehadiran mereka dalam syarikat boleh menyebabkan kita membuat keputusan-keputusan yang kurang bijaksana dari sudut bisnesnya, demi menjaga hubungan. Ia menyebabkan kadar kelajuan perkembangan syarikat menjadi relatif perlahan, malah boleh menjadi terkial-kial.


SUMBER: Ainon Mohd.