Tuesday, September 30, 2014

Siapa yang menebas hutan.... Siapa yang berkebun



Dari ABS: Nota malam....

Siapa yang menebas hutan.... Siapa yang berkebun....

Salah satu fenomena yang banyak dapat dilihat berlaku dalam dunia bisnes adalah tentang adanya peniaga yang bersusah-payah memulakan sesuatu projek baru ataupun membuka pasaran baru.


Dia banyak mengeluarkan modal duit, masa dan tenaga. Dia umpama orang yang menebas hutan. Tetapi, selepas beberapa lama, duit yang diharapkan tidak juga kelihatan, dia mula hilang semangat, lama-lama dia hilang harapan. Lalu dia memberhentikan usahanya dan meninggalkan usahanya itu separuh jalan.

.

Kemudian datang pula peniaga lain, yang nampak projek itu adalah projek yang sangat bagus. Lalu peniaga baru itu masuk dan menyambung usaha yang terbengkalai itu.

Kerja menyambung projek itu adalah mudah. Ibarat berjumpa dengan kawasan hutan sudah dibersihkan oleh orang lain. Dia hanya datang tinggal berkebun sahaja.

Dalam masa yang tidak lama, dengan sedikit modal, kebun itu menghasilkan buah, peniaga baru itu pun dapat meraih keuntungan yang banyak.

.

Apabila kita menebas hutan, jangan dibuat separuh jalan. Buat sampai kebun kita berbuah, baru kita kaya.



Saya beri contoh yang banyak berlaku di sekeliling kita....

Kita dengan rakan-kongsi membuka syarikat. Bukan main kita bersusah-payah cuba menjalankan bisnes kita... Penuh dengan pengorbanan....

Selepas beberapa lama hidup merana, kita tidak sanggup meneruskan bisnes itu, lalu kita tinggalkan rakan-kongsi kita keseorangan meneruskan perjuangannya. Kita sendiri kembali makan gaji....

Bekas rakan-kongsi kita terpaksa membawa masuk rakan-kongsi baru yang mempunyai wang modal.

Dengan suntikan modal itu bekas rakan kongsi kita itu dapat meneruskan bisnes yang dulu kita sama-sama mengusahakannya.... Tidak lama kemudian terbukti bisnes itu berjaya....

Rakan-kongsi baru itu kini menuai buahnya.

Kita masih makan gaji.


SUMBER: Ainon Mohd.

No comments:

Post a Comment