Monday, September 15, 2014

Fb Ads, Google Adword ( Adsense ) , Youtube Video

Case Study :

Fb Ads, Google Adword ( Adsense ) , Youtube Video

1- Secara asasnya, sistem pengiklanan di internet
yang sebelum-sebelum ini berfungsi lagu ni :

Mai nak habag mai lekaih -

Website yang memaparkan content menarik
akan dapat menarik traffic tinggi,
Apabila traffic tinggi, maka berebut-berebut
advertiser mahu letak iklan di website tersebut.

Pernah tengok ayam beramai-ramai
patuk beras ?

Pihak pengiklan buat Google Adword,
bila dia nak appeal iklan tu di website,
maka pemilik website pun akan dapat
hasil pembahagian duit iklan tu sama.

Youtube Video pun sama seperti website,
apabila content youtube video itu menarik,
maka ramai orang akan masuk nak tengok.

Di situ, pihak pengiklan akan ambil kesempatan.
Bayar duit pada Youtube untuk memaparkan
iklan mereka di video tersebut,
pihak pembuat video dapat market sharing dari iklan itu.

Website, Youtube Account = Fanpage di FB.

The Fall of FB Ads.

* jika FB ads ubah algorithm dengan
tiru style Google Adword or Youtube,
this argument is not valid anymore.

berbeza dengan FB Ads.

Apabila kita set up Fanpage,
untuk mendapat LIKEs yang berkualiti,
kita kena buat FB Ads = DUIT.

Apabila sudah dapat LIKES, katakan 10,000 orang.
Setiap kali kita post, hanya 10% sahaja
dari audience akan dapat melihat post kita

Kalau nak reach hingga maksimum,
kita kena BOOST POST = duit lagi.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Fanpage hang, hang punya
Fanpage aku, aku jaga.

Pihak pengiklanan yang cerdik sikit,
dia akan PM admin fanpage untuk meletakkan
iklan-iklan di fanapge yang mempunyai LIKE tinggi.

Ini konsep yang sama seperti website/youtube.

A good content marketing will attract advertiser
to advertise on our site. Both will get profit.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Apa yang The Fall Of FB Ads nya ?

Pihak Content Writer akan berasa penat
lelah mereka untuk memaparkan content
yang bagus tidak berbaloi.

Sebagai contoh ;

1- Ada fanpage 10,000 LIKES,
tetapi yang boleh tengok sesatu update
= 1000 LIKES sahaja.

Peminat kena engage ke atas
setiap post untuk jadi viral.

Malangnya, sebagai manusia.
Adakah kita mahu LIKE, COMMENT
atau SHARE setiap content yang
datang ke muka kita setiap hari ?

Kita suka, tapi kita tengok saja lah.
Nak tekan LIKE pun malaih dah.

Ini yang akan menyebabkan pihak
Content Marketing akan lelah.
Sikit sikit kena bayar.
Nak capai reach tinggi, kena bayar !
haiya.

Mati kerin lagu tu jah.

2- Fanpage for charity purpose ?

Fanpage tak kira la hang buat untuk tujuan amal
ka, untuk tujuan apa sekalipun,
tetap akan kena pusin pusin untuk
disuruh buat Fb Ads.

Mampuih la Rumah Orang Tua Tua nak boost
post setiap kali minta sumbangan.

3- Apabila anda stop Boost Post,
maka capaian anda kepada peminat juga
akan terhenti.

Nak capai kepada mereka,
keep up posting.
Post jah benda merapu pun, janji post.

Berbeza dengan Youtube, Website.
Kita buat content yang berkualiti,
traffic akan datang setiap masa.

Pihak pengiklan akan cari kita
untuk sewa tapak kita punya.

Kita pun boleh nak buat iklan
kat profile orang lain.

++++++++++++++++++++++++++++++++

#SembangMuhongChannelNetwork

FB Ads = result dapat cepat depan mata,
berbanding pergi buat consigment kat
kedai-kedai di luar sana.

Taakulan mudah nak kira buat FB Ads untung
ka tak jadi ka lagu mana , adalah bergantung
pada produk.

1 unit = untung RM50

Buat iklan budget sehari = RM50

Run iklan tu,
dapat 1 sales dalam hari tu = dah cover kos iklan.

Dapat 2 sales = untung dah RM50.
Dapat 3 sales = kira sendiri.

Esok, buat benda yang sama lagi.
 Untung la tu.

Sekarang ni,
rakyat FB mahu melihat content yang berkualiti,
tetapi penuh FB Ads di wall mereka.

Orang yang buat page ?
Dah la kena bayar untuk LIKES,
lepas tu dah post tak semua boleh tengok pulak.
Kena bayar lagi. 

++++++++++++++++++++++++++++++++

Siapa ada buka kelas seminar FB Ads ?
Dulu saya ada terbaca lagu ni :

1- Seminar kos bid USD0.00001 per click.
Hadir sekarang.

2- Kos FB Ads RM100, menjana sales RM10,000.

Berapa yurannya saya tak kesah,
saya mahu belajar. 


SUMBER: FAIZ SUFI

1 comment:


  1. Hello,

    we provide affordable and result-oriented SEO services, please give a chance to serve you.


    Thanks
    Admin: E07.net

    ReplyDelete