Sunday, September 21, 2014

Kisah muamalah seorang peniaga

Diberitakan suatu ketika..
Kisah muamalah seorang peniaga.

Muhammad bin Munkadir merupakan peniaga pakaian.
terdapat 2 jenis kain dijual iaitu kain 
jenis A > 5 dirham.
jenis B > 10 dirham.

Ketika Muhammad bin Munkadir meninggalkan kedai,
pembantu jualan beliau telah menjual kepada si Fulan
kain jenis A pada harga 10 dirham. ( lebih mahal 5 dirham)

Sekembali-nya Muhammad Bin Munkadir
dan mengetahui cerita sebenar,
beliau lantas melilau lilau mencari si Fulan ( buyer )

Muhammad bin Munkadir > Tuan telah membeli
satu jenis kain dari kedai-ku pada
harga yang melebihi.

Si Fulan > Aku telah meredhai akan harga
yang diberikan kepada aku.

Muhammad bin Munkadir > Tetapi aku tidak redha
dengan harga yang diberikan kepada kamu !

Pilihanku :

- Ambil kuantiti kain A sehingga cukup 10 dirham.
- Pemulangan wang 5 dirham semula.
- Membatalkan muamalat ini.

Si Fulan berteriak kepada orang di pasar ;
Siapakah saudagar yang jujur ini...
Siapakah saudagar yang jujur ini...

********************************

Baru membaca titipan perjalanan kisah muamalat
oleh saudagar-saudagar Islam.

Sungguh baik etika niaga mereka.

- " Janganlah kamu merugikan antara satu sama lain " -

Sebagai peniaga,
kita tidak boleh merugikan pembeli barangan
dan perkhidmatan kita.

Etika pembeli pula,
kita tidak boleh menekan peniaga
sehingga mereka rugi.

Sebaik-baiknya adalah saling redha-meredhai
atas muamalat yang berlaku.

Aku kecil Ya ALLAH.
Mutu urusan jual beli-ku jauh
sangat kualitinya berbanding
saudagar Ulama terdahulu.


SUMBER: FAIZ SUFI

No comments:

Post a Comment