Tuesday, September 30, 2014

Siapa yang menebas hutan.... Siapa yang berkebun



Dari ABS: Nota malam....

Siapa yang menebas hutan.... Siapa yang berkebun....

Salah satu fenomena yang banyak dapat dilihat berlaku dalam dunia bisnes adalah tentang adanya peniaga yang bersusah-payah memulakan sesuatu projek baru ataupun membuka pasaran baru.


Dia banyak mengeluarkan modal duit, masa dan tenaga. Dia umpama orang yang menebas hutan. Tetapi, selepas beberapa lama, duit yang diharapkan tidak juga kelihatan, dia mula hilang semangat, lama-lama dia hilang harapan. Lalu dia memberhentikan usahanya dan meninggalkan usahanya itu separuh jalan.

.

Kemudian datang pula peniaga lain, yang nampak projek itu adalah projek yang sangat bagus. Lalu peniaga baru itu masuk dan menyambung usaha yang terbengkalai itu.

Kerja menyambung projek itu adalah mudah. Ibarat berjumpa dengan kawasan hutan sudah dibersihkan oleh orang lain. Dia hanya datang tinggal berkebun sahaja.

Dalam masa yang tidak lama, dengan sedikit modal, kebun itu menghasilkan buah, peniaga baru itu pun dapat meraih keuntungan yang banyak.

.

Apabila kita menebas hutan, jangan dibuat separuh jalan. Buat sampai kebun kita berbuah, baru kita kaya.



Saya beri contoh yang banyak berlaku di sekeliling kita....

Kita dengan rakan-kongsi membuka syarikat. Bukan main kita bersusah-payah cuba menjalankan bisnes kita... Penuh dengan pengorbanan....

Selepas beberapa lama hidup merana, kita tidak sanggup meneruskan bisnes itu, lalu kita tinggalkan rakan-kongsi kita keseorangan meneruskan perjuangannya. Kita sendiri kembali makan gaji....

Bekas rakan-kongsi kita terpaksa membawa masuk rakan-kongsi baru yang mempunyai wang modal.

Dengan suntikan modal itu bekas rakan kongsi kita itu dapat meneruskan bisnes yang dulu kita sama-sama mengusahakannya.... Tidak lama kemudian terbukti bisnes itu berjaya....

Rakan-kongsi baru itu kini menuai buahnya.

Kita masih makan gaji.


SUMBER: Ainon Mohd.

Friday, September 26, 2014

Jangan jual produk pelik-pelik

Jangan jual produk pelik-pelik.
risiko terbakar tangan lebih tinggi .

Hari ni #SembangMuhongChannelNetwork
melawat tapak kerja menjual
kayu lapik pallet.

Kayu pallet ini digunakan untuk lapik
produk agar mudah angkut guna kubota
ke atas kontena atau bawak masuk dalam store.

  

hari tu ke kilang pembuatan lapik teloq.
Egg Paper Tray :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=690686720949348&l=95dc54a992


Aku > You punya market kawasan mana saja tokey ?

Tokey > Kawasan Perak pun tak habis makan wooo.
You mau jadi agent di Alor Setar tak ?
wa sudah tua, malas mau pikir dah.

Aku > Krikk...krikk.. krikk.   
Lagu mana nak pasarkan Egg paper tray ni tokey ?
haiya, kasi ajar sama saya laa.

##########################

Nak juai kat sapa menatang pelapik pallet ni ?
Habag mai cerita sat..

Juai telog ayam hat orang makan hari-hari,
syiok dak ?
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=695002223851131&l=b50227e091


Pepalik pallet kayu ni digunakan oleh kilang
pembuatan produk untuk deliver produk mereka
kepada buyer di luar negara.

Kebiasaannya, kalau buyer dalam Malaysia saja,
jarang mereka nak hantar sekali dengan menantang kayu nih.

Produk produk dilletakkan atas kayu pepalik
ni sebelum dimasukkan ke dalam kontena.

-7800 unit with pallet.
-8200 unit without pallet.

Kalau letak pallet, dia makan ruang sikit
dalam kontena tu. Unit produk akan reduce sikit
without pallet.

*********************************

Jangan jual produk pelik-pelik.
risiko terbakar tangan lebih tinggi .

Banyak produk simple yang kalau suruh
aku juai memang mampuih tergulin la nak juai.

Kena berkuli dahulu tengok sepak terajang-nya,
baru kita tahu game pembuatan dan pemasaran
sesuatu produk.

Banyak produk-produk kegunaan harian industry
yang tiada jenama, Sesapa pun boleh buat, boleh
manufacture.

Egg paper tray tiada jenama.
Penggunaan-nya adalah besar.

Carton box untuk packaging produk.
Span untuk kusyen.
Balang plastik untuk kuih.
Tong Cat.
Getah tingkap.
Spring.
Polisterene.
Straw minuman.
Food paper tray.

Paling syiok,
juai tali rapia.
tali ikat kambing,
tali ikat lemu.

Tali Rapia ada jenama dak ?


******************************

Mencari rakan niaga untuk memasarkan
tali rapia.

Individu yang berminat, mohon
nyatakan minat anda untuk memasarkan
tali rapia siap yang digunakan
untuk ikat tepi ayag teh ais bungkuih tu...


SUMBER: FAIZ SUFI

Monday, September 22, 2014

Minuman koko Socolic's

Expo Halal, Kat Mesejid Darul Aman,
Jitra, Kedah Maju 2010.

Sekilas aku tengok produk,
sudah tahu jantan betina-nya.

Eh.    

MILO adalah produk koko turun temurun
Tanah Melayu semenjak zaman tok nadok.

Kehebatan MILO memang tak dapat disangkal lagi,
tetapi seiring dengan teknologi semasa,
sudah belambak produk minuman KOKO masuk ke
pasaran.

Di Expo Halal ini saja pun dah ada tiga pat jenih
produk mninuman Koko.

Expo kecit kenit sahaja,
tapi produk ada belambak.
boleh pi jenjalan tengok.

###########################

-Produk kami dibubuh KURMA. Cubalah rasa.
-Produk kami ada Collagen. Jadi puteh !
-Produk kami baguih, boleh mencerdaskan Minda !

Jangan memperlekehkan produk orang lain,
selagi kita tak pi menyembang dengan tokey dia.

###########################

Minuman koko Socolic's.

Sekilas ikan di air, sudah aku tahu
mana satu sedap dibuat pekasam.

Dalam banyak-banyak booth yang juai produk
minuman KOKO, saya memilih untuk pi serbu
booth juai Socolics ni.

Pasaipa ?

Kebanyakan produk keluaran Muslim akan
meletakkan label 'Agama' pada produk mereka.

-Diadun bersama makanan sunnah.
-Dibacakan jampi oleh tok guru pondok.
-merangsang minda mudah menghafaz.
-logo produk keluaran Muslim.

*Saya tidak memperlekehkan produk sebegini,
cuma saya tak berapa gemar melihat
pelaris Agama sebegini diletakkan
pada produk.

Sebaliknya berlainan pula dengan produk
minuman koko SOCOLIC'S ini.

Socolics tiada satu pun label agama
yang diletakkan pada produk mereka,
padahal masuk dalam Expo Halal tu beb.
Expo halal kena la tunjuk produk agama sikit.

Disebabkan tiada sebarang lambang
agama pada produk mereka, ianya membuatkan
saya berminat nak pi korek cerita dia.

*Awek cun yang jaga sebagai NOS system
untuk kekal lama berdiri di sini.

Hampir 100% pekerja Melayu Islam yang bekerja
di kilang tersebut, tetapi Ahli Lembaga Pengarah
+ Tokey Besar adalah Chinese.

My mentor said :
Faiz, find a product that in the end you
will be at the top of the food chain.

Kita di top food chain (pengeluar)
kita tak perlu present pun di tempat tu,
orang lain akan jadi medium jualan produk kita.

Tepung kek Puan Ayi Almond Kokies ada
orang tulung juai kat sini.

Tepung Magik ada pengedar dia mai juai kat sini.

p/s- nak dok kat top food chain tu
kena makan penyepak dulu kat muka
sedaih dua laa. Duit terbakar makan pasiaq
dulu laa..

taip memang senang,
hang try buat tengooook 

###########################

Produk Socolic ini sudah dipasarkan
di Vietnam, China, Singapore, Brunei, Thailand.

Dia punya tokey besar adalah Chinese. 

Dari situ, saya keep going as the question,
sudah ada kompeni yang ambil OEM
produk minuman koko + collagen 

Mempunyai 3 buah kilang lagi yang
memproses bahan-bahan perasa untuk industri.

harga produk mereka 44% lebih rendah
daripada harga MILO.

Dari perbincangan bersama awek-awek tu,
minimum order untuk buat OEM adalah
sekitar 800kg sahaja.
Means, you will get 800 pack of 1kg koko produk.

Bagaimana info ini saya tahu ?
Just ask the right question,
then you will get the answer.

++++++++++++++++++++++++++++++
* Iklan - Seminar Seni Soal Jawab berharga RM450
akan diadakan di Kedah.
Siapa yang berminat,
boleh daftar sekarang.
Sebelum harga jadi lebih kapak kepala.
++++++++++++++++++++++++++++++

Benchmark rasa koko :
Milo = 100.
Socolics = 95 nak sama dengan rasa Milo.

Seronok sebenarnya masuk ke dalam expo ini, 
Dari situ kita boleh belajar banyak perkara,
just ask the right question to the right person.

Ada beberapa produk yang dibuat secara lean start-up,
ada produk yang dibuat cantik-cantik kiut miut.

Ada produk yang menggunakan bahasa jargon
dan teknologi dari Marikh untuk membenarkan
produk itu dibubuh harga mahal.

Orang yang memegang channel pengedaran adalah Guru Besar.
Guru Besar boleh pulas telinga ikut suka dia.
takmau kena pulas telinga, pi cari guru besar lain.

Produk Puteh puteh masih menjadi Top Ranking
di booth kecantikan  

* tepuk la tangan sikit,
ingat senang ka nak berucap
kat atas pentas
#SembangMuhongChannelNetwork ni. Haiya.

SUMBER: FAIZ SUFI

Sunday, September 21, 2014

Kisah muamalah seorang peniaga

Diberitakan suatu ketika..
Kisah muamalah seorang peniaga.

Muhammad bin Munkadir merupakan peniaga pakaian.
terdapat 2 jenis kain dijual iaitu kain 
jenis A > 5 dirham.
jenis B > 10 dirham.

Ketika Muhammad bin Munkadir meninggalkan kedai,
pembantu jualan beliau telah menjual kepada si Fulan
kain jenis A pada harga 10 dirham. ( lebih mahal 5 dirham)

Sekembali-nya Muhammad Bin Munkadir
dan mengetahui cerita sebenar,
beliau lantas melilau lilau mencari si Fulan ( buyer )

Muhammad bin Munkadir > Tuan telah membeli
satu jenis kain dari kedai-ku pada
harga yang melebihi.

Si Fulan > Aku telah meredhai akan harga
yang diberikan kepada aku.

Muhammad bin Munkadir > Tetapi aku tidak redha
dengan harga yang diberikan kepada kamu !

Pilihanku :

- Ambil kuantiti kain A sehingga cukup 10 dirham.
- Pemulangan wang 5 dirham semula.
- Membatalkan muamalat ini.

Si Fulan berteriak kepada orang di pasar ;
Siapakah saudagar yang jujur ini...
Siapakah saudagar yang jujur ini...

********************************

Baru membaca titipan perjalanan kisah muamalat
oleh saudagar-saudagar Islam.

Sungguh baik etika niaga mereka.

- " Janganlah kamu merugikan antara satu sama lain " -

Sebagai peniaga,
kita tidak boleh merugikan pembeli barangan
dan perkhidmatan kita.

Etika pembeli pula,
kita tidak boleh menekan peniaga
sehingga mereka rugi.

Sebaik-baiknya adalah saling redha-meredhai
atas muamalat yang berlaku.

Aku kecil Ya ALLAH.
Mutu urusan jual beli-ku jauh
sangat kualitinya berbanding
saudagar Ulama terdahulu.


SUMBER: FAIZ SUFI

Friday, September 19, 2014

Kisah Muhong 3 anak muda

Jangan berpartner dengan
orang yang sama pemikiran
dan kemahiran macam kita.

Kelak akan kena khianat.

++++++++++++++++++++++++++

#SembangMuhongChannelNetwork
sesi Nightline.

Kisah Muhong 3 anak muda :

Kita bertiga set up team untuk juai
susu pekat manis kilo. Kita bertiga dah
ada kemahiran yang sama, cuma kita
nak bagi pembahagian tugas tu.

Ok, macam ni tugas-nya

Sahak bahagian delivery boy dan bab kuli pencacai.
Jusoh, hang jaga bahagian pengurusan kewangan.
Bidin, hang bahagian stock, administration and marketing.

Bidin melakukan marketing dan
customer engagement siang malam.
Mencari channel-channel kedai di serata ceruk.

Dapat deal dengan 10 kedai makan.

Maka Sahak pun pi la hantar susu pekat kilo
ke 10 kedai makan tersebut.

Esoknya,
Bidin buat marketing lagi,
dia pi jenjalan cari kedai yang nak
ambik susu pekat kilo kami.

Dapat deal lagi 20 kedai makan.

Lusa,
Kerja Sahak bertambah, nak kena service
30 kedai makan.

Suatu hari.

Sahak > Aku tak buleh pii la buat reja ni.
Dah la aku teruk dok angkut,
kena mangkit pagi-pagi pi hantar.
tapi dapat sales kena bahagi 3 pulak.

Aku nak buat sendiri laa.
Aku makan kat aku sorang 

++++++++++++++++++++++++++

Boss :
Tahu semua benda, leverage pada staff.

Team :
Semua member tau semua benda,
  
*baik aku buat sendiri, aku makan sorang  

++++++++++++++++++++++++++

Aku tidak sakit hati kerena kena khianat.
tetapi sakit atas dasar PERCAYA itu.

* banyak lagi sepak terajang niaga
nak kena belajar dan rasa neh 

SUMBER: FAIZ SUFI

Thursday, September 18, 2014

Finger pointing

Finger pointing.

1 jari tunjuk kat orang,
3 jari tunjuk kat diri sendiri
1 jari tunjuk kot atas.

3 jari tunjuk kat diri sendiri..

Saya acapkali berurusan antara
2 company which is Company Chinese dan Company Bumi.

Kebanyakkan Company Chinese memberi
service tip top super fast.

* tetapi ada juga yang teruk, sedikit jumlahnya.

Company Bumi kebanyakkan service
teruk dan tidak memuaskan hati pelanggan.

*tetapi ada juga yang bagus, sedikit jumlahnya.

Sebagai Buyer,
saya mahu service customer care
yang sangat baik dan cepat.

Hal ini majoriti terdapat
pada company Chinese.

#########################

Apabila saya (Bumi) berurusan dengan
company Bumi juga,

saya perasan satu hal yang sama
dalam diri.

Saya juga memberi service yang teruk
dan tidak memuaskan kehendak
hati pelanggan saya.

Buku Mudah-nya Menjemput Rezeki ;

" Rezeki akan mudah datang kepada
orang yang buat kerja secara bersungguh-sungguh ;
tidak kira apa bidang pun "

#########################

Buyer > USM mahu spec kertas graph seperti ini,
mahu kuantiti sebanyak xx unit,

jika pihak tuan dapat memberikan
harga yang bersesuaian dan service yang baik,
maka kontrak adalah selama 24 bulan
dengan kuantiti 10 kali ganda.

Dateline sebelum bulan 30 Feb 14. "

30 Jan ; SMS to buyer :

"Maaf Tuan Manager USM, saya tidak
dapat mencari kertas graph seperti yang
diminta oleh pihak Tuan.

Mohon jangan bergantung harap pada saya.
Minta tanya sama kat pembekal lain,
kot kot depa ada "

1- bergerak seorang, semua kerja buat
sendiri - mampuih kerin lagu tu ja la.

2- bergeraklah secara jemaah,
ada orang buleh suruh pi beli teh ais
petang petang lagu nih.


SUMBER: FAIZ SUFI

Wednesday, September 17, 2014

Saya sudah stop buat iklan FB ads

Saya sudah stop buat iklan FB ads.

https://www.facebook.com/faizsufi/posts/729512613733425

###################

Dulu masa zaman SEO untuk
website Malaysia,
maka berduyun-duyunlah :

"Menjana RMxx dengan Adsense"

Lepas tu masa zaman Email Marketing
sampai ke market Malaysia,
maka ramailah orang :

"Menjana sales RMx,xxx dengan Pemasaran Email ! "

Sekarang zaman FB Ads rancak,
maka biasalah tu :

"Dengan kos RMxx menjana sales RMxxx "

Ini perkara biasa,
ia adalah trend.

###################

Jika Facebook mengekalkan algorithm
seperti sekarang, sedikit masa lagi
Fb Ads akan collapse.
(taktau bila )

Collapse disebabkan sistem dan pihak
pengiklan itu sendiri.

*Jika FB mengubah algo, this argument
is not valid anymore.

Baca ASAS Pemasaran Internet di sini :

https://www.facebook.com/faizsufi/posts/731002133584473

###################

Anda tahu apa itu TREND ?
Trade with trend, trend is your friend.

1- Jika anda mahu duit mudah dalam
masa 6 bulan lagi,
saya mohon anda mengkaji Platform
Google+ dan Instagram.

Kemudia claim Pakar Google+ dan Pakar Instagram.
Kemudian buat seminar.

"Menjana sales xxx dari Instagram."

arh, copywriting power semua sudah tahu,
tak perlu diberitahu lagi..

2- Jangan mengkaji platform yang
sudah ada orang masuk lebih awal
daripada kita. Memang sukar nak
rebut market.

Set up a new bazaar.

3- Macam biasa, lepas ramai buat duit
dengan seminar, coaching akan tumbuh
melata , seminar sana sini.

Pioneer will make huge profit


SUMBER: FAIZ SUFI

Monday, September 15, 2014

Fb Ads, Google Adword ( Adsense ) , Youtube Video

Case Study :

Fb Ads, Google Adword ( Adsense ) , Youtube Video

1- Secara asasnya, sistem pengiklanan di internet
yang sebelum-sebelum ini berfungsi lagu ni :

Mai nak habag mai lekaih -

Website yang memaparkan content menarik
akan dapat menarik traffic tinggi,
Apabila traffic tinggi, maka berebut-berebut
advertiser mahu letak iklan di website tersebut.

Pernah tengok ayam beramai-ramai
patuk beras ?

Pihak pengiklan buat Google Adword,
bila dia nak appeal iklan tu di website,
maka pemilik website pun akan dapat
hasil pembahagian duit iklan tu sama.

Youtube Video pun sama seperti website,
apabila content youtube video itu menarik,
maka ramai orang akan masuk nak tengok.

Di situ, pihak pengiklan akan ambil kesempatan.
Bayar duit pada Youtube untuk memaparkan
iklan mereka di video tersebut,
pihak pembuat video dapat market sharing dari iklan itu.

Website, Youtube Account = Fanpage di FB.

The Fall of FB Ads.

* jika FB ads ubah algorithm dengan
tiru style Google Adword or Youtube,
this argument is not valid anymore.

berbeza dengan FB Ads.

Apabila kita set up Fanpage,
untuk mendapat LIKEs yang berkualiti,
kita kena buat FB Ads = DUIT.

Apabila sudah dapat LIKES, katakan 10,000 orang.
Setiap kali kita post, hanya 10% sahaja
dari audience akan dapat melihat post kita

Kalau nak reach hingga maksimum,
kita kena BOOST POST = duit lagi.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Fanpage hang, hang punya
Fanpage aku, aku jaga.

Pihak pengiklanan yang cerdik sikit,
dia akan PM admin fanpage untuk meletakkan
iklan-iklan di fanapge yang mempunyai LIKE tinggi.

Ini konsep yang sama seperti website/youtube.

A good content marketing will attract advertiser
to advertise on our site. Both will get profit.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Apa yang The Fall Of FB Ads nya ?

Pihak Content Writer akan berasa penat
lelah mereka untuk memaparkan content
yang bagus tidak berbaloi.

Sebagai contoh ;

1- Ada fanpage 10,000 LIKES,
tetapi yang boleh tengok sesatu update
= 1000 LIKES sahaja.

Peminat kena engage ke atas
setiap post untuk jadi viral.

Malangnya, sebagai manusia.
Adakah kita mahu LIKE, COMMENT
atau SHARE setiap content yang
datang ke muka kita setiap hari ?

Kita suka, tapi kita tengok saja lah.
Nak tekan LIKE pun malaih dah.

Ini yang akan menyebabkan pihak
Content Marketing akan lelah.
Sikit sikit kena bayar.
Nak capai reach tinggi, kena bayar !
haiya.

Mati kerin lagu tu jah.

2- Fanpage for charity purpose ?

Fanpage tak kira la hang buat untuk tujuan amal
ka, untuk tujuan apa sekalipun,
tetap akan kena pusin pusin untuk
disuruh buat Fb Ads.

Mampuih la Rumah Orang Tua Tua nak boost
post setiap kali minta sumbangan.

3- Apabila anda stop Boost Post,
maka capaian anda kepada peminat juga
akan terhenti.

Nak capai kepada mereka,
keep up posting.
Post jah benda merapu pun, janji post.

Berbeza dengan Youtube, Website.
Kita buat content yang berkualiti,
traffic akan datang setiap masa.

Pihak pengiklan akan cari kita
untuk sewa tapak kita punya.

Kita pun boleh nak buat iklan
kat profile orang lain.

++++++++++++++++++++++++++++++++

#SembangMuhongChannelNetwork

FB Ads = result dapat cepat depan mata,
berbanding pergi buat consigment kat
kedai-kedai di luar sana.

Taakulan mudah nak kira buat FB Ads untung
ka tak jadi ka lagu mana , adalah bergantung
pada produk.

1 unit = untung RM50

Buat iklan budget sehari = RM50

Run iklan tu,
dapat 1 sales dalam hari tu = dah cover kos iklan.

Dapat 2 sales = untung dah RM50.
Dapat 3 sales = kira sendiri.

Esok, buat benda yang sama lagi.
 Untung la tu.

Sekarang ni,
rakyat FB mahu melihat content yang berkualiti,
tetapi penuh FB Ads di wall mereka.

Orang yang buat page ?
Dah la kena bayar untuk LIKES,
lepas tu dah post tak semua boleh tengok pulak.
Kena bayar lagi. 

++++++++++++++++++++++++++++++++

Siapa ada buka kelas seminar FB Ads ?
Dulu saya ada terbaca lagu ni :

1- Seminar kos bid USD0.00001 per click.
Hadir sekarang.

2- Kos FB Ads RM100, menjana sales RM10,000.

Berapa yurannya saya tak kesah,
saya mahu belajar. 


SUMBER: FAIZ SUFI

Wednesday, September 3, 2014

Sembilan teknik dan stratigi berbeza mengikut keadaan dalam bisnes anda

Sembilan teknik dan stratigi berbeza mengikut keadaan dalam bisnes anda.

1. Jangan berehat di tempat yang sukar bergerak. Jika diserang anda sukar lari, sukar dibantu, sukar mendapatkan sumber.

Dalam perjalanan bisnes yang anda harungi, anda harus berhati-hati dengan teknik niaga yang luas padangnya. 

Walaupun anda berehat sebentar dari bisnes anda harus selalu berwaspada dengan keadaan bisnes anda. Dari semua sudut dan segi perlu diteliti. Jangan terlalu selasa dan mempercayai sistem yang anda bangunkan. Takut-takut thunami tiba bila anda tidak bersedia.

Beberapa bahagian penting tidak diberikan kepada orang lain untuk menguruskan nya. jika anda terlalu berehat dan mahukan bisnes anda dijalankan oleh orang lain, anda perlu lakukan sesuatu sekarang. jika staf kepercayaan anda berhenti maka semua sistem dan bisnes anda lumpuh dan sukar untuk diperbaiki.



2. Jika berbisnes dipasaran terbuka, jangan tidak mengindahkan diplomasi

Ini penting, jika jenis perniagaan anda adalah dipasaran terbuka dimana pelanggan anda adalah pelanggan orang lain juga. terdapat perebutan pelanggan di sini. jangan abaikan diplomasi untuk masuk ke pasaran tersebut. Jika anda berbuat demikian mungkin anda akan ketinggalan, anda dipulau dan anda tidak dapat memahami mukabumi pasaran dengan cepat.kecuali anda bermain pasaran yang tertutup dan bisnes anda tidak ada orang lain yang buat di kawasan itu. sekurang nya anda perlu kenal komeniti sekeliling anda.



3. Usah berlama dalam kawasan yang sukar bergerak dan sukar mendapat bantuan.

Jika anda berbisnes dan mencuba teknik marketing yang terbaru atau pergi ke cara yang lain tetapi tidak menghasilkan hasil yang baik, cepat-cepat berundur kerana lebih lama anda di situ lebih banyak kerugian anda.

kekadang dalam bisnes kita mahu mencuba sesuatu yang baru, jika anda kesan teknik yang terbaru ini tidak bagus atau merugikan cepat-cepat undur dan buat stratigi yang lain.



4. Dalam situasi yang berbahaya rancang jalan keluar.

Jangan tunggu sampai dah teruk, sebagai peniaga dan usahawan hebat anda perlu mempunyai banyak plan untuk keluar dari masalah bisnes. tak kira dari masalah pasaran ke, masalah pekerja ke, masalah kewangan ke..anda perlu cari jalan keluar dengan cepat sebelum terkubur.

Jika ada beberapa ada perlu korbankan, teruskanlah untuk memastikan anda bertahan dalam bisnes anda yang telah lama anda bangunkan.



5. Bila terdesak, usaha bersunguh-sungguh dan bermati-matian

Jika tidak bisnes anda yang mati..ini hakikat. Gunakan segalanya, dan segalanya jika anda masih sayang kepada bisnes anda. jangan simpan ego anda...tukun kebawah untuk minta bantuan. susun semula stratigi dan berkerja habis-habisan




6. Dalam beberapa keadaan , jalan dan pintu yang terbuka luas kekadang perlu di elak.

banyak perkara dalam bisnes adalah hanya persepsi. ramai peniaga berebut dengan gula. bila nampak banyak gula berduyun-duyun semut datang.

kekadang anda perlu memilih jalan minority untuk memastikan bisnes anda lebih kekal. saya berikan contoh, ramai peniaga akan terpengaruh dengan khabar angin dan khabar peluang yang palsu. ramai akan membuka cawangan itu dan ini. tetapi hakikatnya ..... pelanggan hanya sementara dan lambakan pesaiang. orang kita suka bisnes ikut-ikutan.




7. dalam sesetengah keadaan, tahan diri dari menyerang musuh walaupun yakin menang.

Jika anda fikir pesaing bisnes anda kecil dan yakin untuk anda kalahkan, biarkan dia disitu. supaya anda lebih berhati-hati dengan musuh bisnes. kekuatan anda akan bertambah. buang tenaga je nak lawan dan buang duit je nak lawan. wujudkan keunikan dalam bisnes anda.

Kekadang, dalam beberapa keadaan memang pelanggan suka dengan perbandingan warna-warni. bila bisnes anda ada yang dibandingkan maka produk anda akan lebih banyak terjual. dah pergi kedai tu...tapi dikedai anda lebih banyak pilihan dan lebih berkualiti. ini semua adalah kerana anda lebih kuat, lebih berkualiti dan lebih dipercayai...faham tak ni.




8. Dalam sesetengah keadaan, bersabar untuk menyerang kerana mungkin kekauatan itu tadi hanya mendapatkan sebahagian sahaja dari pasaran.

contohnya : dalam mempromosikan jualan anda, jangan terlalu kerap membuat jualan murah. sehingga orang akan tunggu anda membuat potongan barangan anda. mereka tidak membeli. jika anda selalu , mungkin anda boleh menjual dalam beberapa ketika tetapi idea anda sudah dihidu pesaing anda, mereka juga boleh buat promosi yang sama. tetapi jika masanya anda membuat promosi habis - habisan dengan idea terbaik...habis satu gudang barang direbut orang.




9. lupakan utuk menyerang sesetengah tempat kerana itu adalah stratigi besar

Anda perlu lebih fokus dengan matlamat bisnes anda. jika anda fokus dengan apa yang anda mahu capai anda aka memperolehi apa yang anda mahu.

Anda perlu faham, saya bukan menyebut menyerang dan berlawan itu perlu ada persaingan. tetapi kekadang masa dan diri kita juga adalah musuh utama kita. itu semua adalah perumpamaan untuk mudah difaham...

SUMBER: Coach Bahar

tip menjadi chairman


Tuesday, September 2, 2014

Kenapa perlu anda berniaga dan menjadi kaya?

Kenapa perlu anda berniaga dan menjadi kaya?

Rugi sebenarnya jika di Malaysia ni anda tidak terbilang dalam salah seorang dari jutawan. Kenapa? , bila saya katakan anda boleh jadi JUTAWAN, anda takut,anda tidak yakin anda boleh jadi jutawan. Saya bercakap benar, kenapa tidak anda boleh menjadi jutawan sedangkan ramai yang telah menjadi jutawan termasuk pendatang asing sama ada ‘pendatang haram’ atau ‘pendatang halal’. 

Mereka hanya berniaga kain, mereka hanya berniaga air ditepi jalan tetapi pendapatan mereka berpuluh ribu sehari. Rumah mereka besar, kereta mereka besar, keluarga mereka bahagia, setiap bulan menghantar duit ke keluarga meraka di negara asal.
Nah, jadinya bagaimana?.

Anda sedia maklum 9/10 sumber razaki adalah dari perniagaan. Sebenarnya menurut kajian 9/10 orang jutawan seluruh dunia adalah dari punca berniaga. Saya cukup percaya dan yakin jika kita punya kemahuan untuk Berjaya alam perniagaan pasti akan tercapai. 


Tiada jalan singkat untuk berjaya. Saya memulakan perniagaan saya adalah kerana kesedaran saya tentang setinggi mana pangkat saya ketika saya bekerja sekarang tidak dapat saya wariskan kepada anak cucu saya. Warisan itu bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi pengalaman, tamadun berniaga dan cara pemikiran.

Saya yakin, minat saya berniaga datangnya dari ayah saya. Semasa kecil dulu, saya selalu membantu ayah saya di kedai cendol depan rumah dan jika cuti sekolah menjual sayuran kampong, ubi kayu dan keledek keliling kampong. 


Saya juga membuat perkara yang sama kepada anak-anak saya, juga staf saya untuk mereka boleh belajar selok belok berniaga. Mereka harus diterapkan sejak kecil dengan mentaliti berniaga.

Bangsa cina sangat memandang tinggi kepada golongan usahawan walaupun berniaga kecil-kecilan. Berlainan dengan bangsa melayu, mereka lebih suka anak mereka bekerja kerana lebih terjamin, ada cuti, ada pakej kesihatan, kerja ikut masa dan lain-lain. 


Soalan pertama bila mahu memilih menantu adalah apa perkerjaanya. Digambarkan pula sesetengahnya orang berniaga ini ramai yang bankrupt, kalau kaya nanti sombong, dan pelbagai alasan dengan momokan kosong menyebabkan ramai diantara kita lebih suka makan gaji.

Saya memberi anda beberapa contoh bagaimana aliran tunai yang berlaku setiap hari:- 


1. Syarikat telekomunikasi seperti Celcom contohnya. Kalau secara kasar ada 1 juta pelanggan sehari. Yang akan mengantar SMS antara satu sama lain setiap 5 minit (selang masa 5 minit la). Dan caj yang dikenakan untuk setiap SMS adalah sebanyak 1 sen. Pendapatan Celcom setiap 5 minit akan jadi RM10ribu. Setiap 5 minit je.

2. Rating Akademi Fantasia kiranya yang diterbitkan oleh Astro kita kirakan secara kasar 1 juta penonton setiap hari. Bayaran untuk bill Astro, RM1 sehari. Dan kalau pelanggan ni akan maintain guna Astro selama 3 bulan sepanjang tempoh Akademi Fantasia berlangsung. Maka pendapatan Astro akan menjadi RM1juta sehari. Itu belum masuk untuk undi SMS lagi

3. Setiap orang akan membelanjakan lebih kurang RM10 sehari untuk makan. Bayangkan kalau dalam sesebuah Universiti. Untuk memudahkan kita nampak realiti duit ni. Kira kasar dalam 10ribu pelajar universiti setiap hari yang perlu makan. Maka perbelanjaan untuk makan sehari di sesebuah universiti adalah sebanyak RM100ribu SEHARI. Kalau 10% sahaja yang anda dapat dari 100 ribu saya rasa sudah cukup untuk sebuah cafe kecil.

Sekarang bagaimana? Adakah anda sudah yakin anda boleh menjadi JUTAWAN dengan berniaga?. Saya sertakan beberapa fakta sokongan kenapa perlu anda berniaga sendiri. Saya punya ramai rakan yang berpangkat dipejabatnya, di kilang mereka tetapi mereka semua hanya dihormat bila mereka berpangkat besar setelah pancen mereka tidak lagi dipandang. 


Ramai yang akan bersendirian dan baru mahu memulakan perniagaan sendiri. Makan gaji sebenarnya beresiko tinggi, jika kita sihat dan muda juga bertenaga selalunya syarikat suka tetapi sebaliknya kita sakit dan kurang prodaktif kemungkinan kita diminta meninggalkan syakikat, malang tidak berbau.

Kalau dah semua berniaga macam mana? Jangan risau sebenarnya baik semua orang berniaga dan tentunya apa yang mereka niagakan bukanlah barang yang sama. Saya yakin ramai lagi yang tidak membaca tulisan saya ni dan masih ramai lagi mereka yang takut untuk memulakan perniagaan.

Perkara yang paling menarik dalam pakej berniaga ini adalah anda boleh menjadi BOS kepada diri sendiri. Anda boleh mementukan masa bekerja anda, anda boleh menentukan dimana anda bekarja, anda boleh mementukan berapa gaji anda sendiri juga anda boleh membuat perkara yang anda suka.


 Jika anda mahu pendapatan lebih anda berkerja lebih kuat dan anda akan mendapat peluang yang lebih luas.

"Rahsia untuk bergerak ke hadapan ialah memulakan sesuatu. Rahsia utk memulakan sesuatu ialah memecahkan tugas-tugas kompleks dan sukar kepada tugas-tugas yg mampu di uruskan, dan mulakan perkara pertama"

Saya punya impian untuk berjaya. Dalam perjalanan saya, saya sentiasa berusaha mencari jalan mencapai impian saya. Setalah pulang dari England, saya memulakan bab ke-dua kehidupan kami di Malaysia. Saya meneruskan pekerjaan saya sebagai seorang pendidik disamping itu berdekit-dekit berjinak dalam dunia perniagaan. 



Saya mulakan dengan projek-projek kecil dikampung,dengan membeli tanah sawit dan projek tanaman serai. Saya Berjaya dalam semua projek tersebut lebih-lebih lagi projek tanaman serai sehingga dapat saya membina rumah mak dengan hasil kebun sahaja.

Saya ada matlamat berniaga, saya harapkan bangsa saya berubah. Saya cuba membantu siapa sahaja yang minat dalam berniaga melalui pengalaman atau bekerja dengan saya. Saya berasal dari seorang yang susah dikampung. Saya telah kehilangan ayah dalam usia muda saya, mengharap belas ihsan orang dan sangat sukar dalam perjalanan permulaan dulu.

Setelah saya dewasa tidak banyak keluarga saya berubah, kesemua kakak dan abang saya masih bekerja mencari razaki dengan bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Saya melihat anak-anak saya, saya melihat anak-anak saudara saya mereka masih kecil dan mahukan pendidikan. 



Saya fikir walau sebesar mana pangkat yang saya ada semasa saya bekerja, saya tidak dapat membantu mereka. Akhirnya nanti, mereka akan menjadi golongan yang mengharapkan bantuan lagi, mengharap bantuan kerajaan, meminta-minta kerja, meminta bantuan bank, meminta bantuan dapat kerja, saya tak suka. 


Tersentak dengan kesedaran itu saya cuba sedaya upaya berfikir untuk berubah, bukan untuk saya tetapi genarasi saya. Saya fikir ramai yang memerlukan bantuan dari saya. Rupanya tenaga dan fikiran kita akan berjalan mengikut impian dan target yang kita sasarkan.

Pernah satu masa saya mempunyai tanah 50 ekar dgn projek sawit dan serai. Saya hanya mengambil masa selama 2 tahun sahaja untuk mendapatkan dan menjalankan projek itu. Ada tanah yang saya pajak ada tanah yang saya beli.

Patutlah penghulu-penghulu lama dulu banyak tanahnya. Bila orang kampong susah, mereka akan bertemu penghulu mengadu masalah mereka dan memohon penghulu membeli tanah mereka. Saya membeli sekaping dua tanah dan bermula dari itu ramai orang kampong mula memberi peluang untuk memjual tanah sawit mereka. 



Saya nasihatkan kepada anak muda, belilah tanah dan tanamlah sawit, Perkara yang paling mudah dalam dunia. Untuk Berjaya anda jangan beri alasan anda.

Harga sawit pernah melonjak sehingga RM800 setan, saya pernah mendapat duit sawit sekitar RM 20 ribu sebulan utk semua kebun saya. Terus terang saya katakan saya bukanlah seorang ada masa untuk bersihkan kebun, meracun dan membaja. Sehingga ada masa-masanya sehingga berbulan membawa setahun saya tidak masuk kekebun, bukan perkara yang bagus. 



Semua urusan kebun saya serahkan kepada seorang manager untuk memantau. Saya juga adalah usahawan hartanah, jika ada peluang untuk menjual tanah dengan nilai yang lebih tinggi atau memerlukan kewangan untuk projek lain saya akan menjual tanah tersebut. Setakat ini, saya tidak pernah rugi membangunkan tanah dan berniaga hartanah malah itulah nafas perniagaan saya.

Satu masa dulu, Projek tanaman serai saya meliputi tanah seluas 18 ekar. Saya berpendapat projek ini harus diperkembangkan terutamanya anak-anak muda melayu. Insaallah saya akan membantu dan berkongsi pengalaman dalam ilmu saya yang saya ada dalam bidang ini.



 Bidang ini boleh memberi pendapatan tambahan kepada kita, dan saya bercaya sekiranya kita berusaha tentu ada jalannya. Perkara ini saya telah melaluinya dan bolehlah dikongsikan bersama. Pendapatan MINIMUM se-ekar tanah 5 bulan adalah 2 – 4 ribu/sebulan. saya akan ceritakan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan ini.

-Seekar tanah adalah seluas 43,560 ka persegi

-Jarak tanaman serai yang disyorkan adalah 4’x3’ atau 2’ X 3’ . Oleh itu dalam seekar tanah terdapat 3628 rumpun serai.(43560/12=3628)

-Dalam satu lubang tanaman, disyorkan untuk ditanam dengan 2 batang serai dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg serai.

-Harga pasaran sekarang adalah RM2 per kg

-Oleh itu pendapatan kasar adalah 3600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,400

- Jumlah Perbelanjaan = Lebih kurang RM4000

PENDAPATAN BERSIH PER EKAR RM 14,400-RM 4,000 = RM 10,000

RM 10,000.00 / 5 Bulan , sebulan RM 2,000.00 . Dan sekiranya kita ada 10 ekar berapa pendapatan kita sebulan. ini pun saya kirakan pendapatan yang paling minimum. Tetapi ini semua bergantung kepada rezaki dari Allah . 



Sebenarnya saya tanam serai 2′ x 3′ dan seekar oleh mendapat hasil lebih. Pendapatan seeker bagi kebun yang saya usahakan adalah RM4,000 seekar/sebulan. Jika anda mahu kan pendapatan 40 ribu sebulan, berapa ekar yang harus anda tanam.

Setelah mendapat sedikit modal dan semangat saya mulakan projek perhotelan. Saya sebenarnya tidak mempunyai pengalaman dalam semua perniagaan yang saya ceburi. 



Saya mengambil pekerja dan mereka yang menguruskan projek-projek saya adalah mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut, ini adalah jalan singkat.
Dalam berniaga terdapat tiga langkah sebelum anda menjadi seorang usahawan tulin, ini teori saya :

-Langkah pertama, anda perlu pandai cari DUIT.
-Langkah kedua, setelah anda dapat DUIT. Anda perlu pandai mencari projek yang buat DUIT.
-Langkah ketiga, setelah anda pandai mencari projek yang boleh buat duit, anda perlu pandai mencari ORANG yang boleh buat DUIT untuk anda.



SUMBER: Coach Bahar

keputusan bisnes


hutang janda bisnesman


3- step headline formula