Friday, July 31, 2015

Semua produk mempunyai hayat pasarannya

Semua produk mempunyai hayat pasarannya. Tidak ada produk yang kekal serupa selamanya. Pembaikan perlu dibuat dari masa ke masa.
Lazimnya setiap 3 – 5 tahun, kita perlu memperkenalkan produk edisi yang terbaru dengan:
+ Melancarkan semula kempen marketing.
+ Memberikan ciri terbaru.
+ Meningkatkan kualitinya.
+ Menambahkan fungsinya.
+ Menukar pakejnya.
Ini yang disebut dengan istilah re-mixing, re-packaging, re-launching, re-branding.
SUMBER: Ainon Mohd.

Thursday, July 30, 2015

Tip memilih bisnes....

Tip memilih bisnes....
Banyak bisnes adalah jenis yang sukar dikembangkan. Sebagai contoh, bisnes yang bergantung kepada bakat semulajadi adalah sukar dikembangkan.
Bisnes mengandam pengantin adalah contoh bisnes yang sukar dikembangkan.
.
Sebagai usahawan, pilih bisnes yang mudah dikembangkan.
Contoh bisnes yang mudah dikembangkan adalah bisnes tadika.
Selepas membuka Tadika No. 1, proses membuka Tadika No. 2 adalah sama dan serupa.
Problem-problem di Tadika No. 1 banyak yang serupa dengan problem yang akan dialami di Tadika No. 2. Penyelesaiannya pun boleh dikatakan serupa.
SOP-SOP di tadika No. 1 dan No. 2 pun serupa.
Pengalaman dan kemahiran yang diperoleh di Tadika No. 1 dapat dipindahkan ke Tadika No. 2.
SUMBER: Ainon Mohd.

Wednesday, July 29, 2015

Mitos dalam bisnes



Mitos dalam bisnes...
Salah satu mitos yang tersebar luas adalah: Produk yang bagus dapat menjual dirinya sendiri. Jadi, kalau mahu kaya, produk kita mesti bagus. Ini mitos.
Dalam bisnes trading, peranan CHANNEL adalah lebih penting dan lebih kritikal daripada peranan PRODUK.
.
Membangunkan rangkaian CHANNEL yang bagus adalah lebih penting daripada mengeluarkan PRODUK yang bagus.
+ Kita tidak memerlukan produk sendiri. Seandainya kita tidak mempunyai produk pun tidak apa-apa.
+ Bisnes trading yang berjaya dapat dibangunkan tanpa membuat sebarang produk.
+ Kita dapat membangunkan bisnes yang bagus dengan menjual produk keluaran orang lain.
+ Produk yang biasa-biasa, apabila diedarkan melalui channel yang banyak dan bagus-bagus, maka jualannya dapat ditingkatkan.
.SUMBER: Ainon Mohd.

Tuesday, July 28, 2015

Bisnes pasif sudah ketinggalan zaman

Jika kita membuka kedai, kemudian kita duduk sahaja di dalam kedai sambil menunggu pelanggan datang, itu bermakna kita menjalankan bisnes kita secara pasif.
Bisnes pasif sudah ketinggalan zaman.
.
Banyak peniaga kecil yang baru terjun ke dalam dunia bisnes menjalankan bisnes mereka secara pasif.
Contoh bisnes yang selalu dijalankan secara pasif:
+ Kita membuka tadika, kemudian kita tunggu ibu bapa datang mendaftarkan anak.
+ Kita membuka klinik gigi, kemudian kita tunggu orang sakit gigi datang meminta rawatan.
+ Kita membuka salun rambut, kemudian kita tunggu pelanggan datang.
Kita tidak menjalankan aktiviti marketing dan promosi secara aktif.



SUMBER: Ainon Mohd.

Monday, July 27, 2015

pelaburan waktu

Membuka bisnes sentiasa melibatkan pelaburan waktu. Berapa lama kita terpaksa menunggu, sebelum sampai kepada titik apabila duit yang masuk setiap bulan dapat cover kos operasi bulanan.


Untuk kedai makan, ada maklumat mengatakan tempoh itu adalah 6 bulan. Untuk klinik ada yang mengatakan 1 tahun. Untuk tadika, ada yang mengatakan tempoh itu adalah 3 tahun.




Untuk ladang pisang emas, selama 11 bulan kita menanggung kos, langsung tidak ada duit masuk. Pada bulan ke-12 barulah buah pisang dapat dijual. Untuk ladang kelapa sawit, selama 3 tahun duit modal keluar. Untuk ladang durian, 7 tahun kita mengeluarkan modal, baru keluar buahnya.


SUMBER: Ainon Mohd.

Sunday, July 26, 2015

Modal Memulakan Bisnes



Modal Memulakan Bisnes
Banyak peniaga yang baru terjun ke dalam dunia bisnes tersalah kira bajet memulakan bisnes. Semua duit modal yang ada dibelanjakan untuk kos membuka premis dan pengeluaran.
+ Kalau dia membuka kedai, habis semua duit modal dibelanjakan untuk membuka kedai itu.
+ Kalau dia membuka bisnes mengeluarkan roti, habis semua duit modal dibelanjakan untuk membuka dapur dan membeli mesin-mesin dan perkakas pengeluaran rotinya.
+ Tidak ada duit yang tinggal untuk membayar kos operasi kedai selama 12 bulan akan datang. Tidak ada duit untuk membayar sewa, gaji, bil-bil utiliti dll.
+ Tidak ada duit yang tinggal untuk bajet pemasaran dan promosi.
.

SUMBER: Ainon Mohd.

Saturday, July 25, 2015

Memilih usia business partner....



Memilih usia business partner....
Salah seorang mesti lebih tua 10 tahun ataupun lebih.
Jangan pilih business partner yang sebaya.
+ Masa muda, kita sama-sama muda. Dia sihat, kita pun sihat. Dia banyak tenaga, kita pun banyak tenaga.
+ Masa tua, kita sama-sama tua. Dia sakit-sakit, kita pun sakit-sakit. Kita sudah lemah, dia pun sudah lemah.
Siapa mahu teruskan kerja-kerja berat itu?
.SUMBER: Ainon Mohd.

Friday, July 24, 2015

Bisnes pertama

Bisnes pertama kita sebaiknya bisnes bagi mengumpulkan modal. Modal itu bagi membuka bisnes kedua.
+ Pasar malam adalah contoh tempat yang bagus bagi mencari modal.
+ Bisnes pasaran malam adalah bisnes tunai. Tidak ada isu hutang lapuk dari pembeli.
+ Pusingan duit bisnes di pasar malam pula sangat laju. Pagi keluar duit modal, malam duit modal dan profit sudah dapat dikutip.
.
Apabila modal sudah terkumpul, kita boleh membuka bisnes kedua. Dalam bisnes kedua itu, kita mencari modal bagi membuka bisnes ketiga pula.
Dengan cara ini kita tidak perlu meminjam dari bank bagi memulakan bisnes.


SUMBER: Ainon Mohd.

Bekerja Sorang-Sorang

Businessman yang bekerja-sorang-sorang cenderung menjalankan pengurusan gaya autokratik.
+ Mereka mahir menyuruh-nyuruh, mengarah-arah dan memberi kata dua kepada yang tidak ikut arahannya.
+ Mereka tidak menurunkan kuasa. Mereka hanya menurunkan tugas.
Bisnes adalah game berpasukan. Bisnes bukan game solo.
Orang bisnes yang datang dari planet kerja-sorang-sorang perlu berlatih skill-skill baru, yakni skill bekerja dalam kumpulan.



SUMBER: Ainon Mohd.

Bagaimanakah cara pembahagian saham yang sesuai?

TANYA: Kami 3 sahabat setuju memulakan bisnes membuka ladang serai. Kami mahu mendaftarkan syarikat PLT. Bagaimanakah cara pembahagian saham yang sesuai?


JAWAB: Dalam situasi di mana 3 orang sama-sama berbincang dan sama-sama berpakat mahu membuka syarikat, walau apa pun formula pembahagian saham yang dicadangkan, akhirnya formula itu tidak 'sesuai'.

SUMBER: Ainon Mohd.

Apakah MODEL BISNES yang akan digunakan bagi membuka cawangan baru?



Apakah kita mempunyai syarikat dan bisnes yang sudah beroperasi dengan stabil? Sebagai contoh, kita sudah 5 tahun membuka bengkel repair motorsikal.
Apakah kita mahu membuka bisnes kedua? Kita mahu membuka cawangan bengkel di lokasi lain.
Jika, ya, maka kita perlu memilih MODEL BISNES untuk bengkel ke-2 itu. Ini mesti dilakukan.
.
Apakah MODEL BISNES yang akan digunakan bagi membuka cawangan baru itu nanti?
Jangan membuka cawangan baru sebelum dipilih MODEL BISNES-nya. Ia sangat berisiko.
Banyak kes berlaku di mana kedai asal membuat untung. Keuntungan itu kemudian dilaburkan bagi membuka cawangan baru. Akhirnya bisnes di cawangan baru itu bungkus, berpuluh ribu ringgit duit modal hangus!
.


SUMBER: Ainon Mohd.