Dari ABS: Bagaimana mendapatkan tambahan 'working capital'?
working capital = modal kerja
Isu modal kerja adalah faktor utama yang menyebabkan pemilik syarikat 'enterprise' sukar mengembangkan bisnesnya.
Bisnes kita hanya dapat berkembang apabila ia dapat menokok modal kerjanya.
Dengan adanya modal kerja tambahan, barulah kita dapat membeli mesin-mesin baru yang lebih besar, bahan-bahan mentah yang lebih banyak, mengambil pekerja baru dll.
.
Dari manakah kita dapat menokok modal kerja kita?
+ Dapatkan modal dari pelabur baru.
Kalau orang tidak percaya kepada bisnes kita, tidak ada pelabur mahu menyerahkan duit mereka kepada kita!
.
+ ALP tambah saham mereka.
Kalau ada ALP yang banyak duit cash, boleh. Kalau semua ALP tidak ada duit, macam mana mereka mahu tambah saham?
.
+ Jual sebahagian saham syarikat kepada orang lain.
Kalau ada orang yang mahu membeli saham syarikat kita, bolehlah kita jual. Kalau tidak, tidaklah.
.
+ Gunakan bank-facility.
Buat permohonan mendapatkan kemudahan pembiayaan dari bank. Jika syarikat kita adalah syarikat sdn bhd, ada peluang bank mahu memberi pembiayaan.
Sebagai contoh, kita simpan RM50k dalam fixed deposit bank, bank boleh beri RM100k fasiliti. Kadang-kadang bank boleh beri sampai RM150k.
.
Tetapi, jika kita berniaga dengan syarikat 'enterprise', ia sukar.
Kalau kita perlukan pinjaman RM50k untuk membeli mesin baru, bank mahu kita letakkan RM50k juga dalam fixed-deposit bank itu. Macam ini, apa cerita?
Nak pinjam RM50k, kena serahkan RM50k....
.
Justeru, dengan menggunakan syarikat sdn bhd, kita mempunyai peluang yang lebih baik menokok modal kerja kita.
Dengan adanya modal tambahan itu, barulah kita dapat menaikkan pengeluaran, jualan, kutipan, dan keuntungan syarikat.
SUMBER: Ainon Mohd.
No comments:
Post a Comment