Wednesday, December 31, 2014

Apa itu saham?

Dari ABS: Apa itu saham?
saham = share
Syarikat 'enterprise' tidak mempunyai 'saham'. Ia hanya mempunyai 'modal'.
Syarikat sendirian berhad mempunyai 'saham'. Ia juga mempunyai 'modal'.
Ada syarikat sdn bhd yang sahamnya cuma RM2 tetapi modalnya boleh sampai berjuta ringgit. ( <--- Hehe... Ini cerita syarikat kroni! )
.
Perbezaan antara 'saham' dan 'modal' adalah salah satu faktor mengapa syarikat sdn bhd adalah ibarat bot yang mempunyai motor sangkut. Bot itu dapat meluncur lebih laju.
Manakala syarikat 'enterprise' adalah ibarat sampan dayung. Ia tidak dapat meluncur laju.

SUMBER: Ainon Mohd.

Tuesday, December 30, 2014

Bagaimana mendapatkan tambahan 'working capital'?

Dari ABS: Bagaimana mendapatkan tambahan 'working capital'?
working capital = modal kerja
Isu modal kerja adalah faktor utama yang menyebabkan pemilik syarikat 'enterprise' sukar mengembangkan bisnesnya.
Bisnes kita hanya dapat berkembang apabila ia dapat menokok modal kerjanya.
Dengan adanya modal kerja tambahan, barulah kita dapat membeli mesin-mesin baru yang lebih besar, bahan-bahan mentah yang lebih banyak, mengambil pekerja baru dll.
.
Dari manakah kita dapat menokok modal kerja kita?
+ Dapatkan modal dari pelabur baru.
Kalau orang tidak percaya kepada bisnes kita, tidak ada pelabur mahu menyerahkan duit mereka kepada kita!
.
+ ALP tambah saham mereka.
Kalau ada ALP yang banyak duit cash, boleh. Kalau semua ALP tidak ada duit, macam mana mereka mahu tambah saham?
.
+ Jual sebahagian saham syarikat kepada orang lain.
Kalau ada orang yang mahu membeli saham syarikat kita, bolehlah kita jual. Kalau tidak, tidaklah.
.
+ Gunakan bank-facility.
Buat permohonan mendapatkan kemudahan pembiayaan dari bank. Jika syarikat kita adalah syarikat sdn bhd, ada peluang bank mahu memberi pembiayaan.
Sebagai contoh, kita simpan RM50k dalam fixed deposit bank, bank boleh beri RM100k fasiliti. Kadang-kadang bank boleh beri sampai RM150k.
.
Tetapi, jika kita berniaga dengan syarikat 'enterprise', ia sukar.
Kalau kita perlukan pinjaman RM50k untuk membeli mesin baru, bank mahu kita letakkan RM50k juga dalam fixed-deposit bank itu. Macam ini, apa cerita? 
Nak pinjam RM50k, kena serahkan RM50k....
.
Justeru, dengan menggunakan syarikat sdn bhd, kita mempunyai peluang yang lebih baik menokok modal kerja kita.
Dengan adanya modal tambahan itu, barulah kita dapat menaikkan pengeluaran, jualan, kutipan, dan keuntungan syarikat.

SUMBER: Ainon Mohd.

Monday, December 29, 2014

Usia bisnes enterprise

Dari ABS: Usia bisnes enterprise.
Apakah tuan menjalankan bisnes menggunakan apa yang selalu disebut sebagai 'syarikat enterprise'?
Dari sudut undang-undang, apa yang disebut 'syarikat enterprise' itu sebenarnya BUKAN syarikat. Ia adalah suatu perniagaan yang didaftarkan.
.
Apakah implikasi berniaga menggunakan sijil pendaftaran 'enterprise'?
+ Disebabkan 'enterprise' itu BUKAN syarikat, usia pendaftarannya adalah sama panjang dengan usia pemilik pendaftaran itu. Apabila si pemilik perniagaan itu meninggal dunia, tamatlah usia 'enterprise' itu. Sijil enterprise itu tidak boleh digunakan lagi.
+ Sijil 'enterprise' itu tidak boleh diwarisi.
+ Bisnes yang dijalankan menggunakan sijil 'enterprise' itu tidak boleh diwasiatkan. Kalau diwasiatkan juga, wasiat itu dapat dicabar di mahkamah.

SUMBER: Ainon Mohd.

Sunday, December 28, 2014

Bukan duit TETAPI akses kepada duit.



Dari ABS: Bukan duit TETAPI akses kepada duit.

Ini yang banyak orang muda tidak tahu.

Apabila mereka mencari modal bisnes, mereka mencari duit. Lalu di hujung jalan, mereka pergi ke bank. Kerana bank adalah tempat mendapatkan duit.


.

Dalam bisnes, yang lebih diperlukan berbanding duit adalah AKSES kepada duit.

Akses kepada duit tiada kaitan dengan bank!




Contoh:

Kalau tuan kawen dengan anak hartawan, tuan tidak dapat DUIT, tetapi tuan berpeluang mendapat AKSES kepada duit ayah mertua tuan.

SUMBER: Ainon Mohd.

Saturday, December 27, 2014

Kendala membangunkan syarikat

Dari ABS: Kendala membangunkan syarikat.
Salah satu faktor yang menyebabkan syarikat kita terkial-kial adalah disebabkan kita mempunyai logik:
+ "Lebih murah kalau dibuat sendiri."
+ "Belum mampu ambil staff berkelulusan tinggi."
+ "Gaji mereka terlalu mahal."
+ "Tak mencapai kualiti kerja yang macam kita mahu."
.
Selagi kita sibuk membuat pekerjaan yang sepatutnya dapat diserahkan kepada staff, selagi itu otak kita hanya memikirkan kerja-kerja harian.
Kita tidak dapat hendak memikirkan kerja-kerja pembangunan syarikat:
+ Tidak dapat hendak memikirkan strategi GROWTH.
+ Tidak dapat hendak memikirkan bagaimana mahu membangunkan pelaburan baru dan partnership-partnership baru.
+ Tidak dapat hendak memikirkan semula bisnes sekarang.
Macam mana kita hendak memikirkan perkara-perkara itu, sedangkan otak kita asyik memikirkan kerja-kerja rutin harian?

SUMBER: Ainon Mohd.

Apa itu sistem pawah?

Dari ABS: Apa itu sistem pawah?
Orang Melayu mempunyai sistem memberi upah kepada penjaga kambing, lembu dan kerbau yang disebut 'pawah'.
Seandainya kita mempunyai duit membeli baka lembu, kita boleh gunakan sistem pawah dengan tukang jaga lembu itu.
Kita tidak perlu membayar gaji bulanan kepada tukang jaga.
.
Sebaliknya, kita lakukan begini:
+ Anak lembu pertama. <--- Ini kita punya.
+ Anak lembu ke-2. <--- Ini tukang jaga punya.
+ Anak lembu ke-3. <--- Ini kita punya. Dan begitulajh seterusnya.
.
Sistem pawah yang diamalkan sampai hari itu sudah digunakan sejak Islam belum datang ke Nusantara. Ia sangat tradisional.
Sistem itu belum pernah disesuaikan semula supaya selaras dengan konsep dan prinsip-prinsip perkongsian keuntungan dan kerugian dalam Islam.

SUMBER: Ainon Mohd.