Friday, August 29, 2014

Orang gila ja bila depa bankrap, dok pi buat benda yang sama lagi

" Kita orang bodo,
buat cara mengaji setakat 
Darjah 6 sajalah.."

Ujar Pakcik yang aku jumpa di Mebeng tadi..

Beliau memiliki aset Investment 9 dan Investment 10,
tanah 20 relung, traktor 4 biji dan lain-lain aset.

Kata-kata nasihat yang saya terima...

1- "Orang gila ja bila depa bankrap,
dok pi buat benda yang sama lagi."

Pakcik lagu tu laa, beli traktor,
lepas tu jatuh bankrap.

Esok-esok pi beli lagi.
tapi dari bankrap tu la kita buleh perejais,
hat ni tak buleh buat. Kena buat lagu tu pa bala.

Kita kena ada ASAS dulu,
baru buleh pi buat meniaga menatang apa pun.
Baru jatuh tak berapa teruk sangat.

2- " Pakcik bagi sewa kat sorang
Cina ni Investment 10 yang pakcik punya,
la ni tokey Cina tu jutawan dah aih.
Ada Investment 10 belambak.

Pakcik tersebut menceritakan kisah beliau
membantu seorang usahawan Cina dalam
mengembangkan perniagaan yang dia ada.

Kini tokey tersebut sudah jutawan,
memiliki aset aset sendiri.

3- " Dulu ni Pakcik takdak apa pun,
tapi kita buat cara bodo laa,
mengaji sampai darjah 6 saja. "

Masa mola-mola tu, Bapak Pakcik suruh
pi buat bendang. Hasil bahagi dua.
Dia dapat setengah, pakcik dapat setengah.

Lepas tu, Bapak pakcik suruh pinjam geran dia,
pi buat hutang dengan bank.

Beda cagar beli tanah.
Bayar kat bank ikut musim,
dapat padi pi bayaq.

La ni tak gaduh aih, senang banyak dah.

Dia hat susah sekali,
masa mola-mola jaa.
Dan kita dah buat, dah ada modai.
Nak buat apa pun buleh aih.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pakcik ini tiada FB,
tiada pengetahuan internet,
tidak masuk sebarang seminar.

Tetapi setiap kata-kata yang beliau
kongsikan bersama saya adalah sama
seperti nasihat jutawan lain diluar.

Masuk bank,
pakai baju dan seluar
buat bendang sajaa.

harta dan aset meneru,
pegang check semua 5 angka.

Haiya.

Malu benar anak muda
yang masih kuat tenaga ini
jika masih malas berusaha.

Masih bermain FB di rancangan
#SembangMuhongChannelNetwork.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nasihat emas :

"Buat baik kepada orang,
kita tidak rugi apa pun."

Kata-kata pakcik tu bertepatan dengan saranan di
dalam buku Mudah-nya Menjemput Rezeki :

" Menyambung silaturrahim akan
memudahkan kita untuk menjemput rezeki. "

Pakcik tulung sorang Cina ni,
bantu sebab dia buat meniaga
lepas tu jatuh bankrap.

Pakcik kawan dengan dia lama dah,
dia buka kedai kat hujung pekan tu.

Masa dia jatuh bankrap tu,
Pakcik beli kereta bagi dia pakai.
Dia bayar bulan-bulan

La ni Alhammdullilah,
meniaga dia dah maju dah.

Bulan 6 nanti masa saham dia dapat
dividen, dia kata nak bagi kat
Pakcik RM100,000. Nak bagi saja lagu tu ja..

*Pakcik ada anak perempuan ?
Cun dak ? 


SUMBER: FAIZ SUFI

No comments:

Post a Comment