Gerilla
Marketing di asaskan oleh Jay Conrad Levinson. Konsep gerilla marketing adalah
melakukan pemasaran dengan bajet yang rendah tetapi mampu memberi keuntungan yang
sangat memberangsangkan.
Idea pemasaran gerilla tercetus apabila Jay mengadakan
kelas mengenai copywriting pada hujung minggu di satu universiti.
Di
sebabkan pengalamannya yang agak meluas, dia menjadi tempat rujukan bagi
pelajar – pelajar yang berminat untuk menubuhkan perniagaan mereka sendiri.
Pada satu hari, salah seorang dari pelajarnya bertanya padanya sama ada dia
boleh beri cara bagaimana hendak memulakan perniagaan dengan modal yang
sedikit.
Di
sebabkan jay tidak pernah menulis berkenaan tajuk tersebut, dia berjanji akan
memberi cadangan buku rujukan untuk di rujuk oleh pelajarnya. Dia kemudiannya
mencari buku berkenaan tajuk tersebut di merata – rata perpustakaan dan kedai
buku.
Namun, tiada satu buku pun yang bertepatan dengan tajuk yang pelajarnya
mahu.
Oleh
sebab dia sudah berjanji pada pelajarnya bahawa dia ingin membantu mereka, dia
nekad untuk menulis sendiri panduan mengenainya sebagai rujukan untuk pelajar – pelajarnya.
Dari sini,
terhasillah konsep gerilla marketing. Gerilla marketing sangat berkesan.
Ramai
usahawan tidak tahu mengenai pemasaran, hanya mengikut sahaja apa yang di ajar
oleh gerilla marketing ini dan akhirnya perniagaan mereka maju dengan pesat
beserta dengan keuntungan yang sangat luar biasa.