Saturday, August 8, 2015

risiko berniaga dengan menggunakan lesen niaga enterprise



Di manakah risiko berniaga dengan menggunakan lesen niaga enterprise?
Risikonya adalah dalam kes HUTANG.
+ Dari segi undang-undang, hutang syarikat enterprise tidak diasingkan daripada hutang peribadi. Hutang syarikat enterprise adalah hutang peribadi. Di sinilah risikonya.
+ Jika kita mempunyai RAKAN-KONGSI dalam syarikat enterprise itu, risikonya sangat berat.
Contoh: Isteri dan suami membuka syarikat enterprise. Suami mengambil hutang atas nama syarikat. Kemudian mereka bercerai. Bekas suami tidak mahu membayar hutang. Jandanya yang akan dikejar oleh ah long, ceti dan bank!
….SUMBER: Ainon Mohd.

Friday, August 7, 2015

Adab-adab menjual barang



Adab-adab menjual barang, khususnya barang-barang yang harganya mahal:
+ Jangan salah-gunakan hubungan kekeluargaan.
+ Jangan salah-gunakan hubungan persahabatan.
+ Jangan salah-gunakan hubungan kejiranan.
+ Jangan salah-gunakan hubungan rakan sekerja.
Hanya apabila mereka sendiri yang merayu-rayu, meminta-minta mahu membeli barang kita, barulah boleh kita menjualnya kepada mereka.
.

Thursday, August 6, 2015

Panduan Membakar Modal

Panduan Membakar Modal
Seandainya kita menggunakan duit simpanan sendiri sebagai modal, inilah panduannya:
+ Bakar sebanyak mana yang kita mampu bakar.
+ Jangan bakar lebih daripada RM2k.
+ Jangan bakar jumlah yang menyebabkan kesan buruk ke atas ekonomi masa depan kita dan masa depan famili kita.
+ Jika mahu membakar lebih daripada RM2k, maksimum bakar sepertiga daripada duit simpanan kita yang ada. Jangan lebih!
SUMBER: Ainon Mohd.

Wednesday, August 5, 2015

Kerja-kerja hakiki dan aktiviti bisnes yang sangat berharga

Kerja-kerja hakiki dan aktiviti bisnes yang sangat berharga, yang mesti dilakukan oleh orang bisnes:
+ Memberikan kebaikan kepada klien dan customer.
+ Mencipta nilai-nilai baru untuk klien dan customer.
+ Menyelesaikan masalah dan kesukaran klien dan customer.
+ Membangunkan rangkaian hubungan baik yang bermutu tinggi dengan semua pihak.
SUMBER: Ainon Mohd.

Tuesday, August 4, 2015

Orang Kepercayaan

Orang Kepercayaan
Tiada jaminan jenayah dalam syarikat tidak dilakukan oleh orang-orang yang kita percayai sepenuh hati.
Pelantikan anggota keluarga ke jawatan penting dalam syarikat adalah faktor utama kecuaian kita membangunkan sistem pemantauan dan SOP-SOP untuk bisnes kita.
Tanpa sistem kawalan dan SOP-SOP, itulah yang memudahkan anggota keluarga kita melakukan pengkhianatan dan pecah amanah!
SUMBER: Ainon Mohd.

Monday, August 3, 2015

Memilih Produk

Memilih Produk
Pilih produk yang sangat mudah dijual oleh agent-agent kita. Produk sangat laku, stok cepat habis, mereka buat untung.
Dengan itu agent-agent kita sangat bergantung kepada bekalan stok kita. Barulah mereka tidak berani menangguh-nangguhkan bayaran hutang mereka.
Jangan pilih produk yang pelik-pelik:
+ Produk itu terlampau novelti, terlampau baru sifatnya, sampai sukar hendak dijual oleh agent-agent kita.
+ Produk itu hanya dapat dijual sekali sahaja, selepas itu pembeli tidak mahu membelinya lagi.
.SUMBER: Ainon Mohd.

Sunday, August 2, 2015

orang yang otaknya lebih pintar dan bakatnya lebih besar

Cari orang-orang yang otaknya lebih pintar dan bakatnya lebih besar daripada kita. Ambil mereka sebagai rakan-kongsi dan staff.
Hanya orang pintar dapat menjalankan kerja-kerja bukan-biasa, seperti mengembangkan bisnes-bisnes kita dan membesarkan syarikat-syarikat kita.
Ajak mereka naik bas kita! Semakin banyak orang pintar yang mahu naik bas kita, semakin cepat syarikat kita dapat berkembang.
.
Banyak peniaga seumpama membawa bas yang penuh dengan penumpang. Tetapi penumpang di dalam bas itu adalah pekerja biasa. Mereka bekerja kerana mereka memerlukan pekerjaan demi memenuhi keperluan hidup.
Semua syarikat memerlukan pekerja biasa. Tanpa pekerja biasa banyak urusan bisnes tidak dapat berjalan dengan lancar.
Pekerja-pekerja biasa berperanan memastikan semua kerja-kerja biasa berjalan macam biasa.
Apabila mendorong orang-orang pintar supaya lebih gigih berusaha dan lebih kreatif berfikir demi mengembangkan bisnes kita, 2 patah perkataan ini adalah sangat ajaib kuasanya: "Saya suka!"
SUMBER: Ainon Mohd.

Saturday, August 1, 2015

bermain dengan duit



Banyak peniaga yang tiap-tiap hari dia 'bermain' dengan duit. Tiap-tiap hari jualannya laku. Tiap-tiap hari duit tunai masuk laju, keluar pun laju.
Duit bisnes dan duit peribadi bercampur dalam satu akaun. Itulah akaun bisnes, itulah juga akaun peribadi.
Meskipun duit tunai sentiasa ada dalam akaun, tetapi jumlahnya tidak pernah banyak pada satu-satu masa.
Ada-ada sahaja perkara yang menyebabkan duit dikeluarkan.... Tukar kereta-lah, tambah kereta-lah, renovate rumah-lah, sekeluarga pergi umrah-lah, holiday ke Korea-lah....
Akibatnya, walaupun duit tidak pernah kering dalam tangan, tetapi duit tidak pernah berlonggok banyak dalam akaun bank.
Tanpa mempunyai duit yang terkumpul banyak, kita tidak mampu membeli hartanah komersial yang tinggi nilainya, seperti membeli rumah kedai di lokasi strategik.
SUMBER: Ainon Mohd.